Wak Doyok Selesa Bawa Myvi, Jimat RM6,000 Sebulan

Wak Doyok Selesa Bawa Myvi, Jimat RM6,000 Sebulan


Pelakon dan fesyen ikon, Wak Doyok berkata dia kini selesa hidup sederhana serta memilih untuk berijmat dengan tidak lagi memandu kereta mewah.

Memetik mStar Online, Wak berkata dia sudah menjual beberapa kereta mewahnya kerana tidak mahu dibebani komitmen tinggi tambahan pula keadaan ekonomi tidak menentu.

BACA: “Adakah Wak Doyok Tu Terpaling Hensem Dekat Malaysia Sampai Boleh Hodohkan Orang?”

Menurut Wak Doyok, dia akan memandu kereta Myvi miliknya setiap hari waktu kerja dan kereta Mustang akan digunakan paad setiap hujung minggu.

“Untuk hari minggu saya akan pandu kereta Myvi sebab waktu kerja dan sangat jimat minyak, manakala untuk hujung minggu pula saya akan gunakan kereta mahal Mustang.

“Banyak kereta mewah saya sudah jual dan hanya tinggal tiga buah saja, ini kerana tidak mahu menanggung kos bebanan setiap bulan dan sekarang ini lebih selesa naik perodua Myvi saja,” katanya.

Sementara itu, Wak Doyok berkata dia enggan peduli dengan apa yang diperkatakan orang ramai tentang dirinya kerana pada akhirnya dia yang perlu menanggung.

“Saya tidak kisah orang nak cakap apa sebab bukannya mereka yang tanggung saya setiap bulan, orang nak cakap saya tak ada duit itu semua tidak benar, sekarang masih ada duit cumanya lebih berjimat cermat dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ni,” katanya.

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top