Aksi pickleball bertaraf dunia di KL September ini


KUALA LUMPUR: Gelombang kehangatan sukan pickleball yang kian melonjak di Malaysia bakal mencapai kemuncaknya apabila kejohanan bertaraf dunia, Leapmotor Kuala Lumpur Cup 2026, bersedia menghimpunkan bintang antarabangsa di ibu negara, September ini.

Kejohanan berprestij dalam kalendar jelajah Professional Pickleball Association Asia (PPA Asia) itu dibawakan khas oleh Media Prima sebagai rakan media rasmi. 

Aksi penuh debaran ini bakal berlangsung selama lima hari bermula 9 hingga 13 September depan di The Hood, Kuala Lumpur.

Penganjuran julung kali ini memberi peluang keemasan buat peminat tempatan menyaksikan gaya permainan tangkas dan persaingan sengit jaguh pickleball terbaik dunia secara berdepan.

Bagi memeriahkan suasana, penganjur turut menyediakan Pickletown, sebuah zon berkonsepkan festival yang sarat dengan pelbagai aktiviti menarik.

Selain perlawanan utama, pengunjung boleh menikmati jualan makanan dan minuman, permainan interaktif, cabutan bertuah serta barangan cenderahati eksklusif.

Peminat yang mahu merasai sendiri kehangatan kejohanan ini boleh memilih pelbagai pilihan pas tempat duduk mengikut keselesaan:

Dinker GA Season Pass: Akses penuh sepanjang lima hari kejohanan bermula pusingan kelayakan hingga Championship Sunday, termasuk akses ke Pickletown dengan kemudahan keluar masuk mengikut jadual sendiri.

Banger & Dinker GA: Tiket Banger memberi peluang berada di GA Left Stand betul-betul di belakang pemain. Tiket Dinker pula menawarkan pandangan dari GA Right Stand untuk mengikuti detik penting perlawanan seperti strategi masuk gelanggang hingga timeout.

VIP Pass: Menawarkan tempat duduk khas dengan pemandangan terbaik, akses ke VIP Lounge bersama sajian makanan dan minuman serta sesi beramah mesra bersama pemain profesional.

Premium Courtside Pass: Pengalaman paling eksklusif di barisan hadapan Championship Court. Pakej terhad ini merangkumi akses VIP Lounge, laluan masuk khas dan Official Tournament Merch Pack bernilai lebih RM2,000.

Selain aksi di gelanggang, pengunjung berpeluang memiliki barangan cenderahati rasmi seperti t-shirt, mini paddle dan koleksi permainan terhad.

Peminat disaran membuat pra-tempahan baucar cenderahati untuk menikmati nilai tambahan sebelum stok habis.

Bagi peminat yang tidak dapat hadir ke lokasi, kehangatan perlawanan masih boleh disaksikan secara terus menerusi siaran langsung di Tonton.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top