Kerjasama PH-BERSATU belum dibincangkan – Fahmi


am@hmetro.com.my

Putrajaya: Pakatan Harapan (PH) belum mengadakan sebarang perbincangan berhubung kemungkinan mengadakan kerjasama politik dengan BERSATU khususnya dalam pilihan raya.

Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil, berkata perkara itu belum dibincangkan di peringkat parti ketika ini.

“Pada waktu ini, peringkat pimpinan belum membincangkan perkara itu,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Sumbangan Penajaan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (2HKHM) 2026 di sini, hari ini.

Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari, sebelum ini dilaporkan berkata PH sentiasa terbuka dalam menjalinkan kerjasama atau sebarang persefahaman dengan parti atau gabungan politik termasuk dengan Perikatan Nasional (PN) atau BERSATU.

Amirudin yang juga Naib Presiden PKR, berkata kerjasama itu perlu berasaskan prinsip kestabilan politik dan kepentingan rakyat.

Bagaimanapun, Timbalan Setiausaha Agung DAP, Ramkarpal Singh dilaporkan berkata kerjasama antara DAP dan parti pembangkang terutama PAS tidak mungkin berlaku.

Beliau menyifatkan tuduhan oleh Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang kononnya DAP sebagai anti-Islam sebagai tidak berasas dan menjadi sebab kedua-dua parti itu sukar bekerjasama.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top