BUKIT JALIL : Pertandingan Anugerah Juara Lagu Ke-40 (AJL 40), menyaksikan penyanyi, Aisha Retno membuka tirai sebagai peserta pertama melakukan persembahan di pentas berprestij itu malam tadi.
Aisha yang mempertaruhkan lagu Tak Adil itu gah berdiri di atas pentas bersama ‘guitarist’ dan beberapa orang penari yang mengelilingi penyanyi tersebut sebelum persembahan dimulakan.
Menggayakan busana berona merah jambu, Aisha memulakan nyanyiannya dengan lantunan Soprano.
Seperti melepaskan perasaan Tak Adil, Aisha menggila bersama penari-penari semasa melontarkan persembahan tersebut.
Dalam pada itu, Aisha dilihat cuba membawa elemen nusantara ala Puteri Gunung Ledang menerusi penggayaan busananya malam ini. -UTUSAN
