Ketua Juri Anugerah Juara Lagu ke-40 iaitu pengarah muzik Datuk Acis mengulas mengenai kemenangan Marsha Milan dalam kategori Vokal Terbaik.
Memetik BH Online, Acis berkata Marsha menyampaikan lagu Tangisan Seorang Pendosa dengan penuh penghayatan dan ianya sampai kepada juri.
BACA: Menang AJL39, Hadiah 20 Tahun Marsha Bergelar Penyanyi
Menurut Acis lagi, tidak perlu menjerit atau mengejar nota tinggi untuk membuktikan kehebatan vokal.
“Marsha membuktikan bahawa kita tidak perlu mencapai ‘high note’, menjerit atau melontarkan vokal sesuka hati. Marsha membuktikan yang penting ialah bagaimana kita menyampaikan sesebuah lagu. Emosinya sampai kepada kami semua.
“Jadi, itu yang membuatkan kami memilih dia sebagai pemenang Vokal Terbaik. Kita tidak perlu menjerit, asalkan cerita yang ingin disampaikan itu sampai. Cerita dia sampai kepada kami,” katanya.
Sementara itu, Acis turut berkongsikan jurang markah Marsha dengan kedudukan kedua sangat jauh.
“Saya rasa tidak boleh hendak sebut (nama pencabar terdekat Marsha), tetapi antara dua orang. Saya tidak boleh sebut nama dia. Tetapi markah Marsha agak tinggi. Jarak antara nombor satu dengan nombor dua sangat jauh,” katanya.
Sumber: BH Online
