“Kita Tengah Buat Persiapan” – Noor Nabila Nikah Tahun Ini


Pempengaruh media sosial Noor Nabila mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasih hatinya, Ameer Aiman pada penghujung tahun ini.

Memetik BH Online, Nabila berkata mereka sedang melakukan persiapan menuju hari bahagia dan urusan dokumentasi sudah diselesaikan.

BACA: “Kami Buat Dengan Penuh Keikhlasan” – Kekasih Noor Nabila Jual Mee Kari RM15.90 Semangkuk

“Doakan saya, kami akan ke fasa seterusnya dalam masa terdekat. Kita sudah ada rancangan dalam tahun ini. Insya-Allah, semuanya dalam perancangan.

“Kita tengah membuat persiapan. Apa yang penting seperti dokumen-dokumen sudah dibuat. Cumanya, untuk majlis itu nanti masih dalam persiapan. Insya-Allah,” katanya.

Sementara itu, Nabila berkata dia tertarik dengan keikhlasan kekasihnya itu serta melihat layanannya terhadap anak tunggalnya, Jebat Jayden.

“Dia seorang yang sangat ikhlas. Apa yang keluar dari mulut dia apabila saya tanya sesuatu, dia seorang yang matang. Bukan naif, tetapi ‘transparent’. Saya rasa susah juga nak jumpa orang yang macam ini sekarang.

“Kedua, dia tidak tahu sangat mengenai saya. Pada awal perkenalan, banyak perkara yang dia tidak tahu. Jadi saya rasa lebih selesa dengan orang yang kurang maklumat mengenai saya atau keluarga.

“Saya rasa lebih selesa macam itu. Maksudnya, ikhlaslah kalau dia suka dengan kita. Ketiga, sudah tentu hubungan dia dengan Jayden. Apabila saya nampak dia boleh melayan Jayden, itu menarik,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top