Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap menunaikan hasrat untuk menyokong Hari Usahawan Cilik di Subang Jaya meskipun tidak dapat hadir secara langsung kerana sedang mengetuai delegasi negara ke Brunei Darussalam.
Terima jemputan daripada murid taska
Menurut Anwar menerusi hantaran di Facebook, beliau menerima jemputan daripada seorang kanak-kanak dari Taska As Sakeenah yang menghantar mesej untuk mengundangnya ke program berkenaan.

Hantar wakil daripada PMO
Tempoh hari, seorang anak dari Taska As Sakeenah menghantar mesej menjemput saya ke Hari Usahawan Cilik di Subang Jaya hari ini. Memang teringin nak hadir beri sokongan, tapi saya di Brunei Darussalam mengetuai delegasi negara.
Tidak mahu hampakan anak-anak, “Uncle Anwar” hantar pegawai, saudara Raimi Ab Rahim untuk mewakili bagi sampaikan sedikit sumbangan dan salam mesra kepada semua.
Anwar turut berharap program berkenaan dapat memberikan pengalaman bermakna kepada kanak-kanak selain menyemai minat berniaga sejak usia muda.
“Semoga Hari Usahawan Cilik ini memberi pengalaman bermakna dan menyemai minat berniaga dalam kalangan anak-anak sejak kecil. Kalau dapat untung, jangan lupa menabung,” tulisnya.
Dalam pada itu, beliau turut menitipkan doa agar anak-anak berkenaan membesar sebagai individu yang rajin berusaha, sentiasa membantu keluarga serta memberi manfaat kepada masyarakat.
Mendoakan anak-anak ini membesar menjadi insan yang rajin berusaha, sentiasa membantu keluarga dan memberi manfaat kepada masyarakat, Insya-Allah,” katanya lagi.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim
