Trump mahu tukar nama Tasik Ontario di sempadan Kanada kepada Tasik Amerika

Trump mahu tukar nama Tasik Ontario di sempadan Kanada kepada Tasik Amerika


WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mencadangkan dalam satu hantaran di media sosial Truth Social miiknya pagi ini supaya Tasik Ontario di sempadan Kanada-AS dinamakan semula sebagai Tasik Amerika.

Cadangan itu dikemukakan ketika perang perdagangan antara AS dan Kanada semakin memuncak.

Tasik Ontario bersempadan dengan wilayah Ontario di Kanada di sebelah utara dan negeri New York di AS di sebelah selatan, dengan sempadan Kanada-Amerika merentasi tasik tersebut.

“Amerika sedang mempertimbangkan dengan serius untuk menukar nama Tasik Ontario kepada Tasik Amerika kerana kami tidak menjangka akan menjalankan banyak urusan perdagangan dengan Ontario lagi,” kata Trump dalam hantaran itu. 

“Terima kasih atas perhatian anda terhadap perkara ini,” tulisnya lagi.

Rundingan perdagangan dengan Kanada gagal beberapa hari lalu dan Perdana Menteri Kanada, Mark Carney berikrar untuk mengenakan tarif terhadap import dari AS. 

Premier Ontario, Doug Ford merupakan antara pengkritik paling lantang terhadap pentadbiran Trump. 

Dalam satu temu bual dengan Associated Press minggu ini, beliau berkata, semuanya masih boleh dipertimbangkan termasuk menghentikan bekalan elektrik dan mineral kritikal dari Ontario ke AS. – AGENSI



Source link

OR

Scroll to Top