PAS digesa menjelaskan sebab kegiatan perjudian tidak dihapuskan ketika parti itu mempunyai kedudukan dalam kerajaan Persekutuan sebelum ini.
Foto: Sinar Harian
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Faezudddin Puad berkata, jumlah cabutan khas judi nombor ramalan kini hanya ditetapkan sebanyak lapan kali setahun di bawah pentadbiran Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, angka berkenaan jauh lebih rendah berbanding 22 kali cabutan khas yang dilaksanakan setiap tahun ketika Pas menjadi sebahagian daripada kerajaan Persekutuan.
“Persoalannya, kenapa Kerajaan Madani yang kononnya dilabel liberal la, DAP la, kerajaan ini yang turunkan? Kenapa Pas yang konon terlalu Islamik tak hapuskan terus judi ketika mereka ada kuasa?
“Jadi kalau ikut sifir Sanusi sendiri, Pas lah yang ‘celaka’ dan ‘pelaq’ kan? Tak gitu,” soalnya dalam satu hantaran dalam Facebook miliknya.

Kenyataan itu susulan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 12 Ogos lalu yang menolak permohonan kerajaan Kedah untuk mendapatkan kebenaran merayu keputusan sebelum ini berhubung tindakan negeri berkenaan menghentikan pengeluaran dan pembaharuan lesen perniagaan bagi pengendali pertaruhan nombor ramalan.
Dalam keputusan sama, Mahkamah Persekutuan turut mengarahkan kerajaan negeri membayar kos berjumlah RM50,000 selepas panel tiga hakim mendapati kerajaan Kedah gagal mencapai ambang yang diperlukan untuk mendapatkan kebenaran merayu.
Artikel lain: Judi tetap haram tapi tak bermaksud fitnah, mencelakakan saudara Islam menjadi halal – Kamil Munim
Keputusan mahkamah berkenaan kemudiannya menyaksikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Nor didakwa menyalahkan Perdana Menteri berkaitan keputusan mengenai lesen premis perjudian di negeri itu.
Sumber: Sinar Harian (Nor Azura Md Amin)
