Ambulans NSW ambil masa 7 jam bawa keluar wanita terjatuh dalam batu

Ambulans NSW ambil masa 7 jam bawa keluar wanita terjatuh dalam batu


NEW SOUTH WALES – Gara-gara mahu mendapatkan telefon yang terjatuh di sebalik batu, seorang wanita muda menghabiskan berjam-jam terperangkap di antara dua batu selepas jatuh terbalik.

Wanita itu, Matilda Campbell dikatakan sedang berjalan di kawasan Lembah Hunter New South Wales awal bulan ini apabila dia terjatuh ke dalam celah batu sedalam tiga meter.

Ia adalah pengalaman pahit buat Matilda kerana perkhidmatan kecemasan mengambil masa tujuh jam untuk membawanya keluar selepas melalui proses mencabar termasuk memindahkan batu-batu besar.

Dan walaupun selepas berjaya menarik batu seberat 500 kilogram, pasukan penyelamat masih perlu mencari cara untuk mengeluarkan wanita tersebut dari selekoh “S” – tempat dia terperangkap.

Pasukan penyelemat bekerjasama mengeluarkan mangsa dari celah-celah batu. Foto NSW Ambulans

“Dalam 10 tahun saya sebagai paramedik penyelamat, saya tidak pernah menemui pengalaman seperti ini, ia mencabar tetapi usaha berbaloi,” kata Peter Watts, seorang paramedik dengan perkhidmatan Ambulans New South Wales.

Wanita itu terjatuh dalam keadaan terbalik selama lebih sejam sebelum penyelamat tiba, selepas percubaan awal rakannya untuk membebaskannya tidak berjaya.

Gambar yang dikongsi oleh perkhidmatan ambulans menunjukkan dia tergantung di antara batu-batu besar dengan kakinya, serta usaha rumit untuk memastikan kawasan itu stabil ketika perkhidmatan kecemasan cuba mewujudkan jurang yang cukup besar untuk mengeluarkannya.

Pekerja kecemasan terpaksa berganding bahu untuk mengeluarkan wanita itu
Watts kemudian menyifatkan wanita muda itu sebagai “trooper” dalam temu bual dengan ABC Australia.

“Kami semua tertanya-tanya bagaimana dia boleh terjatuh ke sana- dan bagaimana kami akan membawanya keluar?”

“Sungguh kami tidak percaya, wanita yang diselamatkan itu hanya mengalami kesan calar dan lebam kecil, kata Ambulans NSW.

Bagaimanapun wanita berkenaan tidak berjaya mendapatkan telefonnya.

“Terima kasih kepada pasukan yang menyelamatkan saya, anda benar-benar penyelamat nyawa,” tulisnya dalam mesej dalam platform media dalam talian. – Agensi



Source link

OR

Scroll to Top