Kastam rampas minuman keras RM2.8 juta

Kastam rampas minuman keras RM2.8 juta


IPOH: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak merampas minuman keras bernilai RM2.8 juta dalam tiga serbuan berasingan di Bandar Sri Damansara dan Ipoh, minggu lalu.

Pengarah Kastam negeri, Datuk Abdul Ghafar Mohamad berkata, ketiga-tiga serbuan itu dijalankan oleh Cawangan Penguatkuasaan JKDM Stesen Pengkalan Hulu.

Katanya, dalam serbuan pertama di Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur pada 14 Oktober lalu pukul 4.30 petang, telah menemukan 6,100.6 liter minuman keras pelbagai jenama dengan anggaran nilai RM557,346.26.

“Dalam serbuan itu, seorang lelaki warga tempatan berusia 58 tahun ditahan bagi membantu siasatan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, dua lagi serbuan yang dijalankan di Ipoh pada 18 Oktober lalu antara pukul 1 hingga 3 petang pula menemukan minuman keras masing-masing seberat 17,477.90 dan 9,278.64 liter.

Katanya, nilai duti termasuk cukai minuman keras disyaki barang tidak berkastam itu dianggarkan berjumlah RM1,695,219.60 dan RM557,346.06.

“Dalam dua serbuan ini, seorang lelaki berusia 43 tahun ditahan untuk siasatan lanjut. Kesemua kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” ujar beliau. – UTUSAN

 





Source link

OR

Scroll to Top