KUALA LUMPUR- Kerajaan Arab Saudi mengutuk tindakan biadap rejim Israel yang menyerang Iran.
Tegasnya, Israel telah mencemar kedaulatan Iran dan dengan jelas melanggar undang-undang antarabangsa.
“Kerajaan Arab Saudi dengan tegas menolak sebarang peningkatan konflik yang boleh mengancam keselamatan negara serta penduduk di rantau Asia Barat,” kata Kementerian Luar Arab Saudi dalam kenyataan hari ini.
Ia turut menggesa semua pihak untuk mengambil tindakan yang boleh menghalang dan meredakan ketegangan. -MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN