Kematian di Gaza melebihi 43,000

Kematian di Gaza melebihi 43,000


GAZA CITY – Jumlah kematian penduduk Palestin di Gaza akibat serangan Israel kini meningkat kepada 43,020 mangsa.

Kementerian Kesihatan di kawasan itu berkata, sekurang-kurangnya 96 lagi rakyat Palestin maut pada Isnin selepas Israel menyerang dan mengebom di beberapa kawasan yang menjadi tumpuan pelarian.

Kenyataan kementerian menambah bahawa, kira-kira 101,110 yang lain cedera dan menjadi cacat dalam serangan yang berterusan sejak setahun lalu.

“Penceroboh Israel telah melakukan lima pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga dalam tempoh 48 jam yang lalu, mengakibatkan 96 kematian dan 277 kecederaan,” kata kementerian itu.

“Ramai orang masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya kerana penyelamat tidak dapat mencapai mereka,” tambahnya.

Menurut kementerian itu kebanyakan yang maut adalah bayi, kanak-kanak dan wanita.

Serangan Israel telah menyebabkan hampir keseluruhan penduduk wilayah itu kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah sekatan berterusan yang telah menyebabkan kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang teruk.

Hampir 90 peratus penduduk kini tidak mempunyai tempat tinggil selepas kediaman mereka dibom dan mereka dihalau secara paksa oleh Israel.-Agensi



Source link

OR

Scroll to Top