Deepavali paling bercahaya

Deepavali paling bercahaya



am@hmetro.com.my

NAMA pelakon dan ratu cantik, Sanjna Suri mula mencuri perhatian peminat hiburan menerusi filem kontroversi Pulau yang ditayangkan di pawagam pada tahun lalu.

Namun, kata Sanjna atau pemilik nama sebenar, Sanjna Kishore Kumar Suri, 31, banyak watak diterima adalah penyondol sedangkan dia impi menjadi artis serba boleh dala

m industri seni tanah air.

“Pada pembabitan awal dalam bidang lakonan, ramai yang lebih kenal saya sebagai ratu cantik dan watak ditawarkan juga terhad kerana gelaran berkenaan.

“Selepas terbabit dalam program Mega Sponstan 2023, barulah saya dapat watak berbeza dan berlakon dalam cerita genre komedi pula,” katanya kepada Rap Xtra.

Mengenai watak lagi, kata Sanjna, dia bukannya mahu dikenali sebagai pelawak sebaliknya mahu kembangkan bakat sedia ada sekali gus memberikan variasi dalam lakonan.

“Sebenarnya saya seorang yang kelakar dan kalau dalam kumpulan kawan-kawan, sayalah yang paling suka buat lawak.

“Saya juga suka tengok perempuan cantik dan suka melawak di televisyen kerana ia sesuatu yang jarang berlaku.

“Kalau saya pandai berlawak, saya juga boleh buat cabang seni lain seperti pengacaraan,” katanya yang pernah menjuarai program Mega Spontan 2023 sebagai anggota Majakelat.

Selain filem Pulau, pemenang Miss Supranational Malaysia 2018 dan Miss Intercontinental Malaysia 2017 itu pernah berlakon dalam beberapa filem seperti Sangkar, Nasi Lemak 1.0 dan Mundey Kampung Dey.

RAIKAN DEEPAVALI BERSAMA KELUARGA

Berkongsi sambutan Deepavali pada tahun ini, kata Sanjna, ia tahun terakhirnya meraikan perayaan itu dengan status solo kerana bakal berkahwin dengan jejaka pilihannya dari Belgium, Bram Demeulenaere (Bram) 35, pada 17 Januari depan.

Sanjna dan Bram menjalinkan hubungan selama lima tahun enam bulan sebelum mengikat tali pertunangan dalam majlis ringkas dan dihadiri teman rapat pada April lalu.

Menurut pelakon keturunan Punjabi ini, mengikut kepercayaan agama Hindu, anak perempuan kononnya akan menjadi beban pada kedua ibu bapa selagi belum berkahwin.

“Secara peribadi, sambutan Deepavali tahun ini agak emosi bagi saya kerana tahun terakhir menyambutnya bersama keluarga di sini dengan status solo.

“Bila berkahwin, kedua ibu bapa akan menyerahkan tanggungjawab dan beban untuk menjaga saya kepada suami pula nanti,” katanya.

Mengenai persiapan, kata Sanjana, dia akan meraikan Deepavali bersama keluarganya di sini secara sederhana kerana sibuk buat persiapan untuk majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung pada 17 Januari depan.

“Saya akan menyambut Deepavali bersama keluarga di sini tanpa kehadiran Bram (tunang) kerana dia bekerja sebagai konsultan di Dubai.

“Bram juga beragama Kristian dan saya pula Hindu tetapi saya tidak perlu menukar agama untuk berkahwin dengannya,” katanya.

Ditanya pengertian Deepavali pula, kata Sanjna, inilah masanya semua ahli keluarganya yang dekat dan jauh termasuk di Singapura berkumpul untuk meraikan perayaan berkenaan.

“Bapa saya adalah anak sulung dalam keluarganya dan semua ahli keluarga sebelah bapa akan berkumpul di rumah kami untuk menyambut Deepavali.

“Selalunya, kami akan pergi sembahyang di kuil dahulu pada sebelah pagi sebelum menikmati menu sajian India Utara seperti Ayam Tandoori dan Kambing Varuval.

“Pada sebelah petang, baru kami menyambut Deepavali dengan keluarga sebelah emak pula iaitu di rumah pakcik yang juga abang sulung emak,” katanya yang juga anak sulung dari dua beradik.

Pada masa sama, kata Sanjna, dia akan mengadakan rumah terbuka untuk menyambut Deepavali bersama rakan-rakannya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top