Majlis Keselamatan PBB bimbang tindakan Israel haramkan bantuan UNRWA

Majlis Keselamatan PBB bimbang tindakan Israel haramkan bantuan UNRWA


HAMILTON, KANADA- Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa menzahirkan kebimbangan terhadap undang-undang yang diluluskan Parlimen Israel untuk mengharamkan agensi PBB bagi pelarian Palestin (UNRWA) beroperasi.

“Kami mengadakan mesyuarat di sini bagi mengukuhkan peranan utama PBB untuk keamanan, kestabilan dan bantuan kemanusiaan di rantau tersebut,” kata Menteri Luar Sweden, Iganzio Cassis pada sesi Majlis Keselamatan mengenai Palestin.

Sambil menegaskan kepentingan agensi-agensi PBB untuk menjalankan tugas mereka, Cassis berkata, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres mesti dibenarkan bersuara tanpa dihalang mana-mana pihak.

“Sebarang cubaan unilateral akan melemahkan mandat beliau yang seteruskan melemahkan multi-lateralisme secara keseluruhan,” katanya.

Menyentuh mengenai resolusi-resolusi Majlis Keselamatan itu yang tidak dilaksanakan, Cassis berkata, kata-kata sudah tidak lagi mencukupi.

“Sudah tiba masanya kita mencari jalan keluar daripada konflik ini,” katanya sambil menekankan, keputusan Israel terhadap UNRWA itu bukan sahaja tidak selari dengan undang-undang antarabangsa malah ia juga mengancam bantuan kemanusiaan kepada populasi orang awam.

Beliau menggesa Israel memenuhi kewajipannya mengikut undang-undang antarabangsa.

Sementara itu, wakil United Kingdom, Barbara Woodward juga tidak bersetuju dengan keputusan Israel sambil menekankan, tiada justifikasi terhadap tindakan rejim Zionis memutuskan hubungan dengan UNRWA. -Agensi



Source link

OR

Scroll to Top