Saf baharu pemimpin Bersatu jadi ketumbukan padu hadapi PRU-16 – Hamzah

Saf baharu pemimpin Bersatu jadi ketumbukan padu hadapi PRU-16 – Hamzah


KUALA LUMPUR – Saf baharu kepimpinan parti Bersatu akan menjadi ketumbukan padu dengan cerminan kesiapsiagaan berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Melaka, Johor dan seterusnya Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam kenyataannya hari ini berkata, akar umbi akan membuat keputusan esok.

“Insya-Allah esok akar umbi akan memilih barisan saf kepimpinan baharu Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang bakal menjadi rupa wajah bukan sahaja dalam konteks pemerkasaan parti tetapi berkredibel, berkualiti, cukup flying hours dan menyakinkan rakyat,” katanya.

Sebelum itu Hamzah dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Presiden Bersatu menggantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang berundur manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai presiden. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top