Semua perlawanan La Liga patut ditangguhkan – Simeone

Semua perlawanan La Liga patut ditangguhkan – Simeone


Madrid: Jurulatih Atletico Madrid, Diego Simeone berkata adalah “tidak masuk akal” untuk bermain perlawanan La Liga hujung minggu ini selepas banjir yang membawa maut melanda timur Sepanyol itu.

Wilayah Valencia dilanda banjir kilat yang dahsyat dan kini sudahpun mengorbankan sekurang-kurangnya 211 orang minggu ini.

Kunjungan Real Madrid ke Valencia dan perlawanan Villarreal menentang Rayo Vallecano ditangguhkan, tetapi Simeone berkata semua perlawanan sepatutnya dibatalkan.

“Sangat jelas dan tidak masuk akal apa yang berlaku adalah sesuatu yang sangat sukar,” kata Simeone sebelum Atletico menentang Las Palmas esok.

“Sesuatu yang meruntun jiwa melihat semua orang keluar ke jalanan untuk membantu dengan apa sahaja yang mereka boleh

“Ada orang mengalami masa yang sangat sukar, ini sangat menyedihkan dan kami berada di tempat di mana mereka memberitahu kami untuk kami teruskan dan di sini kami, teruskan.”

Pengurus Barcelona, Hansi Flick, juga mencadangkan bahawa membatalkan semua perlawanan adalah langkah yang sesuai.

“Tidak mudah membuat keputusan tentang apa yang perlu dilakukan, kami mula (pusingan ini) semalam,” kata Flick.

“Bagi saya, ini adalah sebuah tragedi. Kami juga mengalami ini di Jerman tiga tahun lalu, dan ia juga mengerikan untuk melihat apa yang berlaku.”

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top