Polis pengiring pukul pemandu OKU didakwa pagi ini

Polis pengiring pukul pemandu OKU didakwa pagi ini


KUALA LUMPUR – Seorang polis pengiring Pemangku Sultan Johor akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, pagi ini atas dakwaan menyerang pemandu e-hailing orang kurang upaya (OKU), Ong Ing Keong.

MalaysiaGazette difahamkan, pegawai polis itu akan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan yang jika sabit salah boleh berdepan penjara hingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya telah mengambil tindakan tatatertib terhadap anggota pengiring yang didakwa memukul seorang pemandu e-hailing OKU di lobi sebuah hotel di ibu negara pada 28 Mei lepas.

Mangsa juga bertindak mendedahkan video kejadian tersebut yang dirakam kamera papan pemuka kereta miliknya susulan tiada tindakan lanjut diambil walaupun kertas siasatan didakwa telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Dalam rakaman video berdurasi satu minit 30 saat itu, Ong dilihat berada di dalam kereta sepanjang kejadian sambil menunggu pelanggannya meletakkan beg di but keretanya.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba muncul seorang lelaki berpakaian sut mengetuk cermin kereta sambil mengarahkan Ong supaya bergerak dan mangsa menggunakan bahasa isyarat cuba memberitahu lelaki  itu dia sedang menunggu penumpang yang masih di luar keretanya.

Beberapa saat kemudian seorang lagi lelaki berpakaian sut dipercayai anggota pengiring  muncul di sebelah tingkap tempat duduk pemandu lalu menumbuk pemandu OKU berkenaan.

Menyusul

Tindakan sudah diambil ke atas pengiring pukul pemandu OKU – Ketua Polis

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL



Source link

OR

Scroll to Top