United raih kemenangan pertama Liga Europa

United raih kemenangan pertama Liga Europa


Manchester: Amad Diallo menjaringkan dua gol untuk membantu Manchester United melakar kemenangan 2-0 ke atas Paok dalam saingan Liga Europa awal pagi tadi sekali gus menyaksikan pengurus sementara, Ruud van Nistelrooy, mencapai apa yang gagal dilakukan oleh Erik ten Hag, iaitu meraih kemenangan pertama kelab dalam pertandingan itu musim ini.

United seri dalam tiga perlawanan Liga Europa mereka sebelum ini, namun tandukan Diallo memasuki ke penjuru bawah selepas menerima hantaran lintang Bruno Fernandes lima minit selepas rehat memberi kelebihan kepada pasukan Van Nistelrooy.

Pasukan pelawat dari Greece, Paok, mempunyai beberapa peluang untuk memperoleh keputusan positif daripada perlawanan itu namun penjaga gol United, Andre Onana bertindak dengan baik menepis sepakan dari Mady Camara pada separuh masa pertama.

Paok sekali lagi berpeluang untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-64, tetapi Taril Tissoudali yang tidak dikawal gagal menghasilkan sepakan kuat dari jarak dekat untuk menewaskan Onana dan Diallo memastikan kemenangan pada minit ke-77.

Kemenangan ini meletakkan United di tangga ke-15 dalam carta Liga Europa dengan enam mata daripada empat perlawanan.

“Sudah lama sejak kami menang di Eropah. Hari ini kami menunjukkan mengapa kami antara pasukan terbaik. Kemenangan hari ini sangat penting.

“Memang penting untuk menjaringkan gol setiap masa. Musim ini saya agak malang, jadi saya gembira dapat menjaringkan dua gol. Tetapi perkara yang paling penting adalah kami menang,” kata Diallo.

Van Nistelrooy, bekas penyerang United yang akan memberi laluan kepada pengurus baharu Ruben Amorim tidak lama lagi, menggantikan Ten Hag 10 hari lalu, kekal tidak tewas dalam tiga perlawanan beliau sebagai pengurus.

“Ia adalah separuh masa pertama yang agak teruk. Separuh masa kedua lebih baik. Itu jelas.”

“(Amad) membuat perubahan kerana gol-golnya tetapi dia juga sangat tajam. Tahniah kepadanya, permainan yang bagus. Dari segi posisi, kami tidak begitu baik pada separuh masa pertama. Kami jauh lebih baik dalam aspek itu pada separuh masa kedua,” Van Nistelrooy.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top