Petani mengaku tidak bersalah pecah kedai curi racun, alatan pertanian

Petani mengaku tidak bersalah pecah kedai curi racun, alatan pertanian

Petani mengaku tidak bersalah pecah kedai curi racun, alatan pertanian


KOTA BHARU: Seorang petani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memecah masuk dengan niat untuk mencuri di sebuah kedai menjual racun dan alat pertanian pada bulan lalu. 

Tertuduh, Muhammad Nuriman Hafiz Roslan, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa melakukan kesalahan pecah rumah untuk mencuri di kedai menjual racun dan alat pertanian di Jalan Pasir Mas Salor, Kampung Kubang Rawa Salor di sini pada 15 Oktober lalu. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali  jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Hasyime Rosli, manakala tertuduh diwakili peguam Muhamad Fiqri Muhamad.

Terdahulu, Kamarul Hasyime tidak menawarkan jaminan memandangkan perbuatan tertuduh menyebabkan mangsa mengalami kerugian melibatkan peti sejuk, pam dan peralatan racun pertanian.

Muhamad Fiqri dalam rayuannya memohon satu jaminan yang rendah diberikan kepada anak guamnya.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan dan dilarang mengganggu saksi pendakwaan. 

Mahkamah turut menetapkan 15 Disember drpan untuk serahan dokumen dan sebutan semula kes.

Tertuduh tidak membayar jaminan yang ditetapkan mahkamah.- UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top