Polis rampas 547 kain pasang seludup bernilai RM164,100

Polis rampas 547 kain pasang seludup bernilai RM164,100


Kota Bharu: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan penyeludupan 547 kain pasang yang mempunyai manik diseludup dari Thailand dianggarkan bernilai RM164,100 di Kampung Simpangan, Tumpat semalam.

Komandernya Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, rampasan dilakukan pada kira-kira 4 petang selepas menahan sebuah kereta Proton Wira dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan semasa menjalankan tugas dalam Op Taring Wawasan Kelantan di sini. Beliau berkata, suspek bertindak melarikan diri setelah menyedari kehadiran pihak berkuasa dan meninggalkan keretanya di tepi jalan.

“Hasil pemeriksaan mendapati ratusan helaian kain berkenaan ditemui di dalam kenderaan itu tanpa dokumen yang sah dan ia diserahkan ke Komtak Pengkalan Kubor untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Nik Ros Azhan PGA merampas produk kosmetik disyaki dari Thailand yang dianggarkan bernilai RM28,800 selepas melakukan pemeriksaan di pangkalan haram Jeram Perdah, Pasir Mas.

Beliau berkata, dalam kejadian 7.30 malam itu anggota yang melakukan pemeriksaan menemukan beberapa kotak di tebing Sungai Golok dan hasil pemeriksaan mendapati ia berisi pelbagai jenis kosmetik.

“Kesemua barangan itu dibawa ke Komtak Jeran Perdah untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top