Tak dinafikan Fiza Abdul Halim seorang wanita yang cantik. Meski berstatus ibu tunggal, tapi dia tetap menjaga penampilan diri dan sentiasa kelihatan anggun.
Tertarik dengan kemulusan kulit wajah Fiza yang tak ubah bak porselin, sehingga sebutir jerawat pun tidak kelihatan di wajahnya. Namun selebriti cantik berusia 42 tahun ini berjaya membuktikan tanpa berbelanja besar pun dia masih boleh tampil menawan.
Saat diajukan pertanyaan tentang rejim kecantikan yang diamalkan, bekas penyanyi kumpulan Elite ini ketika dihubungi Nona hanya tertawa kecil.
Hanya Amalkan Minum Air Suam & Air Panas Untuk Jaga Kelembapan Kulit
Ujarnya, tiada penjagaan khusus yang dipraktikkan kerana dia seorang wanita yang ringkas.
“MashaAllah, tip cantik? Saya inilah orang yang paling simple. Mungkin sebab saya tak suka bersolek. Jadi kulit saya tak ada masalah sangat. Petua saya cuma satu je, saya tak suka minum air sejuk dan hanya minum air suam atau air panas.
Bab kesihatan badan pula saya ni suka vacuum dan mop rumah hari-hari. Bagi saya itulah exercise saya untuk bersenam, sebab kalau nak pergi gym bagai memang tak bolehlah.
Biasanya kalau duduk di rumah, saya akan cari apa saja kerja yang boleh saya buat walaupun semua dah tersusun dan kemas. Siapa yang kenal saya, tahulah saya ni macam mana.
Artikel berkaitan: Nak Kulit Sihat, Tanpa Kos Mahal? Hijabi Tiru Je Cara Personaliti TV Dayah Bakar Ni!
Petua turun-temurun yang diamalkan tak ada. Cuma saya lebih berhati-hati dengan keadaan badan dan kesihatan diri sendiri. Pendek kata, memang saya pantau sendiri.”
Tambahnya lagi, “Kalau agak-agak badan tu dah naik kalau timbang, saya akan diet sedikit. Kalau bila timbang macam ringan dari selalu, saya akan makan lebih sedikit.
Sebab saya ni kalau kurus, muka kurus dulu. Cengkung sangat tak elok pula nanti nampak haggard. Apa-apa pun elak minum ais ya!”
Tak Suka Bersesak Di SPA, Hanya Lakukan Rutin Kecantikkan Di Rumah Sahaja
Jika kebanyakan wanita gemar merawat dan membelai tubuh di spa kecantikan, berbeza pula bagi Fiza.
Katanya, “Saya tak suka ke spa sebab tak suka tunggu lama-lama dan saya tak pernah pergi. Kalau di rumah pun, saya tak buat macam orang lain, ada rutin harian yang wajib.
Habis kuat pun saya akan buat skrub dan mask muka. Itu pun boleh kira berapa kali. Agak-agak muka macam kusam, baru saya akan buat. Kalau tak, memang tak buatlah.”
Ferra Aryanna dan Feeya Adyrra merupakan anak gadis Fiza hasil perkahwinan pertamanya dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin. Fiza kemudian berkahwin dengan Adam AF namun berpisah.
Perkahwinan Fiza Halim dengan seorang juruterbang pada tahun 2016 juga tidak berpanjangan. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan dikenali sebagai Baby Aleena.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Majalah NONA
Artikel berkaitan: Amalan Kecantikkan Warisan Keluarga, Rahsia Kulit Erin Malek ‘Glowing & Flawless’ Bak Remaja!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sumber Foto: Instagram Fiza Halim
Download seeNI sekarang!


Susah betul hendak berbelanja dengan kadar yang minima pada zaman sekarang. Kadang-kadang, dalam satu hari itu kita tak sedar boleh mengeluarkan sejumlah wang yang agak banyak. Habis pokai…tak sampai hujung bulan sis.
Seorang lelaki membuat satu challenge untuk hanya berbelanja sebanyak RM10 sahaja dalam sehari! Ramai orang terutama sekali pelajar yang teruja untuk ikuti cara lelaki ini berbelanja dengan hanya sejumlah wang yang sikit.
Hidup sehari hanya RM10 sahaja boleh ke?


Perkongsian video-video di laman sosial media TikTok semakin lama memberikan konten-konten yang semakin menarik. Tambahan pula, ramai yang cuba berbincang mengenai cara gaya hidup selepas pandemik.
Terdapat satu perkongsian oleh pempengaruh makanan, @overeatmy, cuba untuk melakukan satu challenge hanya berbelanja sebanyak RM10 sahaja untuk sehari. Ia kedengaran agak sukar kerana dengan harga barangan yang agak tinggi menyukarkan lagi jumlah wang sebanyak itu untuk bertahan.
Salah seorang pengendali akaun tersebut bernama Aaron menyatakan dia bekerja dan duduk di sekitar Kepong. Cabaran ini memerlukannya untuk berbelanja bagi 3 hidangan utama; sarapan, makan tengahari, dan makan malam.
Artikel berkaitan: Harga Barang Dapur Semakin Mahal, Boleh Ikut Cadangan Doktor Ini Bagaimana Nak Jimat Guna Minyak Masak
Sarapan pagi


Bagi hidangan sarapan pagi, Aaron membuat keputusan untuk membeli nasi lemak yang hanya berharga RM1.00 sahaja. Walaupun portion makanan itu agak sedikit, cukup sekadar untuk alas perut pada waktu pagi.
Lokasi penjual nasi lemak itu berada di Jalan PJU10/1C di Damansara Damai. Mungkin bolehlah siapa-siapa di kawasan berdekatan untuk tinjau ke sana dan rasa nasi lemak ekonomi itu.
Makan tengahari


Jika di soal mengenai makan tengahari, sudah tentu tekak ini mengidamkan nasi berlauk yang sedap. Di padankan pula dengan segelas air ais yang mengiurkan dan melegakan tekak.
Tetapi Aaron tidak membuat sedemikian, dia hanya memilih untuk membeli satu mi segera di dalam cawan untuk makan tengahari. Ianya pula hanya kos RM2.00 sahaja.
“Amaun ini cukup untuk makan tengahari saya. Strategi saya sekarang hanya untuk simpan sedikit wang untuk berbelanja bagi hidangan makan malam yang lebih berat,
“Tetapi untuk nutrition-wise, ini sama sekali tidak disarankan untuk anda amalkan.” khuatir jika ada individu yang menjadikan ini sebagai rutin harian mereka untuk jimat berbelanja.
Artikel berkaitan: Jangan Makan Pasir Kerana Ketagih ‘Online Shopping’! Seeloknya Lakukan 5 Tip Berbelanja Ini Setiap Hari!
Makan malam


Waktu yang di tunggu-tunggu oleh Aaron kini tiba, makan malam untuk menggantikan jumlah makanan yang sedikit di ambil pada sarapan dan makan tengahari. Dia memilih untuk menikmati nasi campur di Bandar Menjalara, Kuala Lumpur.
Jumlah portion hidangan makanannya hanya mengandungi sayur dan daging masak sweet and sour di padankan pula dengan kuah kari serta nasi putih. Jumlah yang dikenakan hanya RMM6.60 sahaja.


Akhiri cabaran itu, Aaron hanya berbelanja sebanyak RM9.60 sahaja dalam sehari. Meskipun dengan perubahan harga yang melonjak tinggi, seseorang boleh berbelanja dengan hanya RM10 sahaja sehari.
@overeatmy Can one survive with just RM10 in a day? Malaysia’s economy is pretty bad now where a meal usually cost RM15 on average, but in this video, I’ll be attempting to survive a day with just RM10. 🇲🇾👌🏻 #klfoodie #pjfoodie #malaysiafoodie #fyp #malaysiatravel #malaysiapopular #kualalumpur #MYfoodie #makanlokal #foodietiktok #viral #malaysia #tiktokmalaysia #tiktokfood #food #foodlove #malaysiafood #foodreviewmalaysia #challenge #malaysiachallenge🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🙏🙏🙏🙏 #10ringgit #eatcheap #malaysiaboleh #malaysiatiktok ♬ 주옥같다 – 고옥희
Sumber: Says dan TikTok @overeatmy
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!


Bercakap mengenai penggayaan tudung, pelbagai jenama hijab semakin berkembang di industri fesyen. Namun sehelai hijab bukan sekadar untuk berfesyen tetapi haruslah menepati syariah agama menutup aurat dan melabuhkan sehingga bawah dada.
Fenomena biasa wanita berhijab dalam mengayakan hijab pastinya mahu kelihatan cantik, apatah lagi untuk mengekalkan kedudukan tudung cantik terletak. Tudung bawal yang tidak pernah lapuk dipakai, mempunyai trend dan gaya tersendiri. Rata-rata hijabi mengatakan tudung bawal ini senang digayakan.
Namun ada juga yang merungut untuk mengekalkan posisi tudung bawal cantik terletak amat sukar. Jangan bimbang di sini hijabista akan berkongsi tip-tip bagaimana tudung bawal akan cantik terletak di kepala berjam-jam. Jom ikuti juga beberapa tip dari selebriti yang gemar mengayakan tudung bawal:
Pemilihan anak tudung
Pemilihan anak tudung yang bersesuaian adalah penting. Ini bagi memastikan tudung anda tidak bergerak mengikut anak tudung. Selain itu, anak tudung yang ketat juga boleh menghalang daripada rambut anda terkeluar dari tudung. Hasilnya, tudung anda tidak lagi akan beralih dan terletak cantik di muka sepanjang hari.
Padanan Material tudung
Fabrik dan material tudung amat penting dalam penggayaan tudung. Sekiranya anda yang suka bergerak lasak dan mempunyai aktiviti luar pastikan tidak memilih satin yang berkilau. Satin yang berkilau ada kemungkinan tidak menyerap peluh dan boleh jadi peluh akan menampakkan penompokan di permukaan hijab anda. Sebaiknya memilih material yang serap peluh dan memberi pernafasan di ruang-ruang rambut anda supaya tidak terperap dan menyekat bau.
Aksesori sokongan
Bagi mereka yang cukup mahir menggayakan tudung tanpa menggunakan sebaran aksesori sokongan seperti pin, ring scarf dan sebaganya anda berkebolehan. Namun bagi anda yang masih amatur pastikan aksesori ini menemani anda.
Petua Tudung Kekal Terletak Di Kepala
Tampak menarik mengayakan hijab bawal, sesuai dengan imej berhijab dengan gaya yang ditampilkan tidak keterlaluan, pilihan baju pun longgar namun masih nampak ‘fesyen’ dan moden. Lisa Surihani menarik perhatian netizen dengan gaya hijab bawal yang digayakan nampak begitu cantik ‘terletak.’ Memang nampak sesuai sangat dengan bentuk wajahnya.
Gaya Bawal Terbentuk Di Muka LIsa
Bawal Labuh Menutup Dada Stail Mira Filzah
Cara Gosok Tudung Bawal
Penggunaan Alat Sokongan
Alat Kecemasan
Download seeNI sekarang!


Perkara yang paling malas dilakukan oleh setiap wanita adalah membuang solekan pada wajah. Memang nampak leceh tapi anda perlu membersihkan solekan pada wajah supaya tidak ditumbuhi jerawat. Antara solekan yang sukar untuk dibuang adalah gincu bibir.
Jika anda sedar, terdapat banyak gincu bibir di pasaran yang melekat pada bibir dan sukar untuk dihilangkan. Anda perlu membuang gincu pada bibir supaya bibir anda tidak kering dan rosak. Tetapi, yang buat mood anda hilang bila makeup remover anda habis ketika mahu buang solekan pada wajah.
Nah, jangan risau kerana Hijabista ada jalan penyelesaiannya. Apa kata anda gunakan 6 bahan alami sebagai pengganti untuk menghilangkan solekan pada wajah.
1. Timun
Timun boleh digunakan untuk menghilangkan solekan pada wajah anda. Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu mengisar timun hingga hancur. Air kisaran tersebut boleh digunakan untuk digosok pada wajah dengan lembut. Kalau solekan tak hilang sepenuhnya, anda boleh campurkan sedikit susu atau minyak zaitun.
2. Baking Soda + Madu
Cara yang paling mudah untuk menghilangkan gincu pada bibir anda. Anda hanya perlu tuangkan sedikit madu pada tuala dan tambahkan sedikit baking soda. Gunakan bahan campuran yang telah diletakkan pada tuala untuk menggosok bibir dan menghilangkan gincu bibir tersebut.
3. Minyak Zaitun
Minyak zaitun boleh dijadikan pilihan untuk menghilangkan gincu bibir anda terutamanya gincu bibir jenis cecair atau gincu bibir yang boleh tahan lebih lama. Selain itu, minyak zaitun juga lembut dan ringan dibibir. Bibir juga tidak akan jadi rosak bila digosok.
4. Minyak Kelapa
Minyak kelapa tidak hanya memberi nutrisi pada rambut dan kulit, ia juga boleh menghilangkan gincu yang dioles pada bibir. Gosokkan minyak kelapa tersebut pada bibir hingga gincu tersebut menghilang.
5. Yogurt
Yogurt boleh digunakan untuk menghilangkan kesan gincu yang melekat pada bibir. Perlu anda tahu bahawa yogurt juga boleh melembapkan bibir anda.
6. Susu
Ternyata susu boleh menghilangkan kesan gincu yang melekat pada bibir. Cuma, sapukan sedikit susu ini pada bibir dan gosok perlahan-lahan. Susu juga boleh digunakan untuk menghilangkan solekan mata waterproof.
Download seeNI sekarang!