Kuala Lumpur, JDT berentap suku akhir Piala Malaysia

Kuala Lumpur, JDT berentap suku akhir Piala Malaysia


Pemain Kedah Darul Aman FC, Ebenezer Assifuah (kiri) diasak pemain KL City FC, Adrijan Rudovic pada saingan Piala Malaysia 2024/2025 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur hari ini. Foto Bernama

JUARA empat kali, Kuala Lumpur City akan bertarung dengan penyandang juara Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas suku akhir Piala Malaysia selepas pasukan itu mengesahkan kemaraan ke pentas lapan terbaik musim ini pada Ahad.

Pertarungan Kuala Lumpur – JDT tersebut pastinya mengimbau semula memori pentas akhir edisi 2021 yang menyaksikan kemenangan 2-0 berpihak skuad The City Boys kendalian Bojan Hodak ketika itu.

Harimau Selatan kendalian Hector Bidoglio sebelum itu menyingkirkan cabaran kelab Liga A1-Semi Pro, Kuala Lumpur (KL) Rovers, dengan agregat 9-0 dalam Pusingan 16 Piala Malaysia pada Sabtu.

Kuala Lumpur City asuhan Miroslav Kuljanac tampil di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras dengan defisit satu gol setelah tewas 2-3 kepada skuad Kenari dalam perlawanan pertama di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 22 November lalu.

Keazaman tinggi Kuala Lumpur untuk mara dijelmakan dengan tiga gol awal pada separuh masa pertama menerusi kapten pasukan Paulo Jose (minit ke-15), Jovan Motika (m-19), Ryan Lambert (m-41).

Kedah kendalian pengendali sementara Victor Andrag selepas peletakan jawatan Nafuzi Zain, 24 November lalu, berstatus juara lima kali dengan kali terakhir edisi 2016 berusaha bangkit memberikan saingan separuh masa kedua.

Hasilnya pemain import gantian Milos Gordic berjaya mengurangkan defisit dengan gol minit ke-76, sebelum Zhafri Yahya menamatkan sisa-sisa perjuangan kelab dari utara tanah air tersebut dengan gol masa kecederaan minit ke-92 untuk kemenangan 4-1 seterusnya mara dengan agregat 6-4.



Source link

OR

Scroll to Top