Memiliki raut wajah persis ‘barbie’ bermata bundar serta pandai memasak dengan gaya bersahaja itulah keistimewaan dimiliki oleh pempengaruh dan Chef viral dari Lubnan, Abir El Saghir ini.
Terkenal kerana kebolehannya menyediakan pelbagai jenis masakan termasuk menu antarabangsa, Abir El Saghir menjadikan platform media sosial iaitu TikTok dan Youtube untuk berkongsi minatnya dengan orang ramai.
Baru-baru ini, gadis jelita ini diiktiraf sebagai ‘Digital Stars Under 30’ oleh Instagram.
Untuk info, Abir El Saghir terkenal dengan perkongsian videonya tentang penyediaan masakan antarabangsa. Pada Januari 2023, dia memenangi Anugerah Joy sebagai pempengaruh wanita pilihan.
Pada Ramadan 2023, Abir El Saghir menganjurkan program masakan 10 episod iaitu ‘Abir’s Kitchen’ di STC TV dan Jawwy TV. Dia berkongsi kandungan program di saluran YouTube peribadinya, Abirz Kitchen, yang mengumpul lebih 1.5 bilion tontonan.
Pada Oktober 2024, Abir El Saghir melancarkan kempen ‘Cook for Lebanon with Abir’ bagi menyediakan makanan harian buat golongan gelandangan di Lubnan.
Sehingga kini, Abir El Saghir berjaya meraih perhatian berjuta-juta orang di seluruh dunia dengan video Tiktok yang memaparkan dirinya memasak hidangan tradisional sambil memakai pakaian desa. Memang unik!
@abir.sag #cabbagerolls #abirzkitchen ♬ Ameno Amapiano Remix (You Wanna Bamba) – Goya Menor & Nektunez
Meminati fesyen dan masakan, wanita berusia 25 tahun ini menggabungkan kedua-dua elemen itu di dalam setiap video pendeknya.
Menariknya, Abir El Saghir melakukan segala-galanya sendiri bermula dari membeli bahan-bahan masakan, memasak, membuat video, mengedit dan menyiarkan video.
Video Abir El Saghir sering mendapat perhatian dengan jutaan tontonan di media sosial. Pertama kali Abir El Saghir menyiarkan videonya di TikTok ialah pada awal 2021.
Ia bermula dengan kandungan fesyen kemudian beralih kepada makanan. Abir El Saghir yang mempunyai 25.7 juta pengikut di Tiktok, kini aktif menghasilkan video-video hidangan tradisional dari lebih 90 buah negara.
Untuk infio, Abir El Saghir pernah memasak 32 menu dari 32 buah negara yang mengambil bahagian dalam perlawanan Piala Dunia Qatar 2022.
BACA JUGA: Atlet Taekwondo LIA KARINA Kini Pensyarah & Pempengaruh, Bakal Berstatus Doktor Falsafah
PANDAI BERFESYEN
Selain memasak, Abir El Saghir juga pandai bergaya. Hijabista kongsikan beberapa contoh gaya pashmina yang sering digayakan oleh Abir El Saghir: –
Semasa di Qatar, Abir El Saghir bergambar di bawah bendera 32 negara yang mengambil bahagian dalam perlawanan Piala Dunia 2022.
Abir El Saghir menyarungkan seluar jenis hi cut berwarna krim bersama kemeja-T lengan panjang dan pashmina hitam. Kelihatan sangat kasual.
Overall jeans yang dipadankan dengan blouse dan sneaker putih ini mencipta penampilan kasual serta trendy pada penampilan Abir El Saghir.
Tampil ceria dengan gaun bercorak dan topi menjadikan penampilan si cantik ini lebih anggun.
Abir El Saghir menyarungkan pakaian sedondon sehingga ke aksesori.
Semoga gaya Abil El Saghir ini menjadi inspirasi buat para hijabi khususnya yang masih keliru untuk suai padan (mix and match) pakaian dengan pashmina atau selendang.
Download seeNI sekarang!
Selepas mengumumkan pengundurannya dari kumpulan Dolla, Syasya Rizal menarik perhatian ramai apabila tampil menutup aurat dan bertudung. Apatah lagi sejak berstatus isteri, Syasya Rizal dilihat kian istiqamah bertudung. Semakin cantik pula tu!
Sebelum ini, penampilan sopan Syasya Rizal itu menjadi perbualan hangat di media sosial apabila ibunya, Riena pernah berkongsi video di Instagram peribadinya.
Ketika itu, kemunculan pemilik nama penuh Norsyasya Afiqah Shahrizal yang manis berkebaya dan bertudung meraih pujian ramai. Istiqamah bertudung dan menutup aurat.
Malah sejak berhijrah, Syasya Rizal benar-benar menjaga penampilannya terutama dari segi pemilihan pakaian. Ternyata cucu kepada pelakon veteran tanahair, Rozie Othman ini berusaha untuk istiqamah bertudung dan menutup aurat dengan sempurna.
Senyuman pula tak pernah lekang di bibirnya sejak bergelar isteri. Semakin cantik dan bahagia!
Sebelum ini, penyanyi berusia 23 tahun ini terkenal dengan imejnya yang seksi dan daring.
“Syukur selepas berhijab saya rasa lebih tenang. Sekarang pun ada suami yang banyak memberi nasihat,” ungkap Syasya.
Sehingga kini, kebanyakan respon yang diterima adalah positif. Rata-rata meluahkan rasa syukur dan mendoakan agar Syasya Rizal kekal istiqamah dalam bertudung dan menutup aurat.
Bahagia Bergelar Isteri
Sejak bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Nasrullah Mohd Sapie pada 20 April lalu Syasya Rizal kelihatan semakin bahagia, cantik dan berseri-seri.
Masih terserlah seri pengantinnya yang masih dalam mood bulan madu.
Menurut Syasya Rizal selain melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri, dia kini mahu lebih fokus kepada pengajiannya. Manakala soal kerjaya seni pula bergantung kepada rezeki. Apa yang penting baginya, istiqamah dalam bertudung dan menutup aurat sejak bergelar isteri.
Didoakan semoga Syasya Rizal kekal istiqamah, berjaya dalam pengajian seterusnya bahagia bersama suami tersayang.
Untuk info, Syasya Rizal yang dilahirkan di Kuala Lumpur dan merupakan anak kedua daripada lima beradik ini menyertai kumpulan Dolla sejak penubuhannya pada April 2019. Selain Syasya Rizal, kumpulan Dolla turut dianggotai oleh Sabronzo, Angel dan Tabby. Mereka pernah mewakili Malaysia dalam sebuah pertandingan nyanyian di China iaitu Show It All.
BACA JUGA: Polis Sangkal Dakwaan Kononya Dolla Ditahan ‘Penyamar’, Tiga Individu Itu Anggota Sedang Bertugas!
Download seeNI sekarang!
Softlens adalah salah satu alat yang digunakan pemilik mata negatif untuk memastikan penglihatan mereka tajam dan tidak kabur. Walaupun ia mungkin kelihatan menakutkan kerana anda meletakkan kanta nipis di mata anda, kanta sentuh dianggap selamat. Dengan nota bahawa ia mesti digunakan dengan betul.
Untuk berada di bahagian yang selamat, mari kita lihat perkara yang perlu dielakkan semasa memakai kanta sentuh.
Artikel Berkaitan : Punca Ketumbit Tumbuh Kerana Kerap Memakai Kanta Lekap? Wanita Perlu Berhati-Hati!
- Jangan pakai kanta sentuh melebihi jangka hayatnya. Jika ia adalah kanta lekap harian, jangan pakai terlalu kerap.
Secara umumnya, kanta lekap lembut boleh dipakai 8 hingga 12 jam sehari. Terdapat 2 jenis tempoh masa pemakaian bagi kanta lekap lembut.
Daily wear contact lenses. Jenis ini dipakai pada waktu pagi dan ditanggalkan pada waktu malam. Jenis ini paling banyak di pasaran dan bertahan sehingga satu tahun. Wajib ditanggalkan sebelum tidur walaupun sekejap.
- Jangan gosok mata anda apabila anda memakai kanta lekap.
- Jangan gunakan air paip untuk membersihkan kanta sentuh. Untuk kanta lembut kami mengesyorkan menggunakan cecair pembersih khas.
- Jangan berkongsi kanta lekap dengan orang lain.
- Jangan pakai kanta lekap jika mata anda merengsa atau merah.
Artikel Berkaitan : Cara Memilih Kanta Lengkap Dan Cadangan Jenama Terbaik Untuk Newbies
- Jika anda memakai alat solek dan kanta lekap, berhati-hati agar tidak terkena solek di mata anda.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
Sekiranya anda merupakan seorang yang gemar ‘travel’ dan suka bercuti dengan gaya mewah menaiki kapal terbang tapi dalam masa yang sama mempunyai masalah ‘tight budget’ tak boleh terlalu boros untuk menikmati percutian, tip ini mungkin untuk anda!
Justeru, di sini Hijabista kongsikan semula tip yang diutarakan oleh seorang gadis menerusi laman Twitter miliknya menggunakan akaun pengguna @elybaeraq tentang bagaimana anda boleh berjimat dan membayar kos yang lebih murah bagi pengangkutan untuk sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).
Tak Perlu Naik E-Hailing, Hanya Keluarkan Kos RM 9.40 Sahaja!
I found a new cheaper way to go to KLIA2 and I only spend RM9.40 to go here by using MRT to Putrajaya Sentral and switch to KLIA Transit.🥹😂
I’m so stingy to myself that’s why I don’t want to take a grab bcs it’s RM75 💀💀 And it’s more cheaper than taking the express train too pic.twitter.com/kzlyTgw5Cy
— ely (@elybaeraq) June 2, 2023
Perkara berkenaan dikongsikan oleh Ely menerusi ciapan bebenang (thread) dalam satu muatnaik hantaran baru-baru ini. Menurut Ely dia menggunakan kemudahan Mass Rapid Transit (MRT) Laluan Putrajaya dan berhenti di stesen terakhir iaitu stesen Putrajaya Sentral.
“Saya jumpa cara baharu lagi murah nak pergi ke KLIA2.
“Saya hanya belanjakan RM9.40 pergi ke sini menggunakan MRT ke Putrajaya Sentral dan tukar ke Transit KLIA.
“Saya sangat kedekut dengan diri sendiri sebab itulah saya tak nak gunakan pengangkutan e-hailing yang menelan kos RM75. Lagi murah daripada gunakan kereta api ekspres,” katanya.
Artikel berkaitan: Travel Dengan Penuh Bergaya! Ikuti Lima Tips Agar Hijabi Kekal Patuh Syariah
Boleh Naik MRT Secara Percuma Sekiranya..
Mengulas lanjut, Ely berkata sekiranya hijabi adalah pemegang My50 Unlimited Travel Pass (My50). Anda akan mempunyai keistimewaan menaiki MRT secara percuma!
Namun, sekiranya anda tidak melangga My50 jangan risau! Masih boleh berjinat dengan menggunakan MyCity Pass yang berharga RM5 untuk menaiki MRT ke mana sahaja dalam masa satu hari tanpa had atau caj tambahan.
Dalam ciapannya, Ely juga menyertakan beberapa keping foto sebagai bukti bahawa dia berjaya tiba di KLIA2 menggunakan laluan serta tip yang dikongsikan olehnya.
Setakat artikel ini ditulis, tip perkongsian dari Ely ini telah diulang ciap sebanyak 5,962 ciapan dengan 16.6 ribu tanda suka dari wargamaya.
Sumber: Twitter @elybaeraq
Artikel berkaitan: Melancong Di Thailand, Anda Perlu Dapatkan 8 Barangan Halal Daripada 7-Eleven. Terbaik Dan Jimat!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!