Ketika membaca artikel atau menonton video tutorial review kecantikan dari beauty influencer, pasti banyak istilah kecantikan dalam bahasa Inggeris yang terdengar asing di telinga. Bagi pemula, ini pasti sangat membingungkan dan pasti anda tertanya-tanya apa maksud sebenar istilah itu.
Jangan bingung dan ‘tersesat jalan’, berikut ini 10 istilah kecantikan kulit yang sering dipakai beauty influencer.
1. Complexion
Complexion ertinya boleh merujuk pada warna, tekstur, dan tampilan kulit seseorang. Tekadang, beauty influencer biasanya juga memakai istilah ini untuk menyebut produk-produk asas solekan.
Contohnya primer, foundation, concealer, atau BB cream.
2. Coverage
Coverage adalah kemampuan suatu produk dalam menutupi kekurangan di wajah. Ada tiga tahap, iaitu sheer, medium, dan full.
Jika anda ingin menutupi kekurangan di wajah seperti bekas jerawat yang menghitam, boleh memakai foundation atau BB cushion jenis full coverage.
3. Patchy
Istilah ini biasanya juga merujuk pada foundation. Patchy diguna untuk menyebut bahagian kulit kering atau mengelupas yang akan kelihatan selepas aplikasi asas solekan.
4. Cakey
Cakey menggambarkan keadaan foundation yang terlalu tebal dan kelihatan tidak menempel. Istilah ini juga dipakai untuk asas solekan.
5. Oxidize
Oxidize diguna untuk mengambarkan keadaan foundation yang berubah menjadi lebih gelap setelah beberapa jam pemakaian. Hasilnya boleh wajah akan kelihatan kusam. Keadaan ini disebabkan oleh foundation yang beraksi terhadap udara atau produksi minyak di wajah anda.
6. Whitecast
Istilah kecantikan ini sering ditemui pada produk yang memiliki SPF seperti sunscreen atau sunblock. Whitecast adalah kesan putih yang tertinggal di wajah setelah memakai tabir suria. Selain itu, bedak yang terlalu putih dan tidak disapu secara rata juga boleh menimbulkan whitecast.
7. Creasing
Creasing adalah keadaan solekan yang pecah akibat produksi sebum atau banyaknya perubahan ekspresi wajah. Biasanya terjadi pada lipatan mata atau garis senyum serta dahi.
8. Flaky
Flaky biasanya digambarkan untuk menyebut maskara yang luntur ke area bawah mata sahaja, berbeza dengan smudging. Selain itu, bentuk kesannya kelihatan seperti serbuk yang jatuh, bukan luntur kerana air atau peluh.
9. Pigmented
“Warnanya pigmented, jadi tidak perlu aplikasikan berkali-kali”, pasti anda yang sering menonton video dari beauty influencer. Seperti yang sudah boleh jangka, pigmented digunakan untuk menggambarkan warna solekan yang pekat dan kelihatan jelas.
10. Purging
Istilah purging diguna untuk menyebut jerawat yang terus menerus muncul setelah mencuba skincare baru. Dalam peringkat ini, kulit memang dikatakan sedang melakukan adaptasi. Skin-purging umumnya muncul keranaa bahan aktif pada produk perawatan sedang bekerja dan melakukan pembersihan. Setelah itu, jerawat akan berhenti dan wajah mulai menunjukkan hasil nyata dari skincare yang dipakai.
11. Undertone
Ertinya rona asli kulit yang tidak berubah meski terpapar sinar matahari atau memakai pencerah. Secara umum, undertone kulit dibagi jadi tiga, warm tone, cool tone, dan neutral.
12. Blending
Menggabungkan beberapa warna solekan agar nampak menyatu secara alami dan membentuk gradasi yang cantik.
13. Waterline
Merupakan area di sepanjang garis bulu mata bahagian bawah. Kamu boleh aplikasikan eyeliner pensil ataupun yang gel pada bahagian ini.
14. Contouring
Istilah ini merupakan teknik solekan yang boleh menonjolkan bahagian-bahagian wajah tertentu. Biasanya menggunakan produk berwarna gelap untuk memberi ilusi bayangan pada bahagian wajah tersebut.
15. Strobing
Berbeza dengan contouring, teknik ini dilakukan dengan menyapukan highlight ke bahagian wajah yang memantulkan cahaya agar terlihat cerah merona. Menyapukan highlighter untuk mengilaukan bahagian wajah tertentu.
16. Baking
Teknik solekan ini membiarkan bedak translucent seketika pada bahagian wajah tertentu selama 5-10 minit agar panas dari wajah membuat foundation dan concealer lebih terserap, kemudian sapukan bedak tersebut ke wajah.
17. Dewy/glowy
Istilah ini sering diguna pakai dalam produk kecantikan Korea, adalah tampilan kulit wajah yang tampak segar dan bercahaya.
18. Greasy/oily
Berbeza dengan dewy/glowy, tampilan greasy/oily mengambarkan kulit wajah yang berminyak.
19. Apple on cheek
Bahagian pipi yang menonjol Ketika anda tersenyum. Biasanya bahagian inilah yang diaplikasikan blush on.
20. On fleek
Istilah yang menggambarkan keadaan alis atau eyeliner yang sempurna.
21. Clumpy
Keadaan bulu mata yang kelihatan berketul akibat aplikasi maskara yang tidak diratakan dengan betul.
22. Dupe
Diambil dari kata ‘duplicate’ yang ertinya duplikat. Biasanya disebutkan suatu produk drugstore yang kualiti atau pembungkusannya hampir sama dengan jenama produk high end.
Inilah beberapa istilah kecantikan kulit dalam Bahasa Inggeris yang sering dipakai beauty influencer. Agar tidak tersilap Langkah dalam menagani masalah kecantikan anda, pastikan faham dan biasakan dengan kesemua istilah kecantikan ini.
Download seeNI sekarang!