Pemandu mabuk didenda RM10,000, penjara sehari

Pemandu mabuk didenda RM10,000, penjara sehari


KUALA LUMPUR: Seorang jurujual kereta terpakai didenda RM10,000 dan penjara sehari oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk, tahun lalu.

Majisret Haneefa Ariffin menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh, Yagesh Shekar, 27, yang turut berdepan hukuman penjara lima bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Yagesh didakwa memandu dengan kadar kandungan alkohol dalam badannya sebanyak 160 miligram (mg) iaitu melebihi had dibenarkan kira-kira pukul 2.35 pagi pada 10 Julai 2023, di Jalan Ara, di sini.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 45a (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM30,000, penjara tidak kurang dua tahun serta hilang kelayakan memegang lesen memandu selama dua tahun dari tarikh sabitan.

Timbalan Pendakwa Raya, Salsabila Mohammad mencadangkan hukuman denda maksimum RM10,000 wajar dikenakan terhadap tertuduh sebagai pengajaran.

Bagaimanapun, peguam Charanpal Singh yang mewakili tertuduh memohon mahkamah mengenakan hukuman minimum memandangkan anak guamnya perlu menanggung keluarga.

“Tertuduh mempunyai seorang adik menghidap penyakit mental dan merupakan penanggung utama keluarga. Memandangkan ini adalah kesalahan pertama tertuduh dan dia tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini, saya memohon agar hukuman yang rendah dikenakan,” katanya. – UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top