PEMAIN perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia membuka tirai Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir 2024 di Hangzhou, China dengan aura positif.
Kejayaan tersebut dilakar selepas pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu menumpaskan Chou Tien Chen dalam pertarungan straight set Kumpulan A pada Rabu.
Dalam aksi di Pusat Sukan Olimpik Hangzhou tersebut, Zii Jia bermula dengan langkah kanan apabila menang set pertama ke atas wakil Taiwan itu 21-13.
Momentum positif diteruskan pada permainan kedua apabila pemain berusia 26 tahun itu mengesahkan kemenangan 21-15 dalam tempoh 39 minit permainan.
Keputusan tersebut melebarkan jurang kemenangan Zii Jia ke atas Tien Chen kepada 6-5.