Kanak-kanak dikhuatiri lemas di Pantai Kandis

Kanak-kanak dikhuatiri lemas di Pantai Kandis


BACHOK: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dikhuatiri lemas akibat ditarik ombak ketika bermain di tepi Pantai Kandis di sini petang tadi.

Kehilangan kanak-kanak itu disedari hilang oleh ahli keluarganya kira-kira pukul 6.40 petang.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Lokman Jusoh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 6.49 petang sebelum 12 anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, ahli keluarga memaklumkan, mangsa dikatakan sedang bermain di tepi pantai sebelum kanak-kanak itu hilang.

“Ombak ketika itu tinggi  mangsa dipercayai tiba-tiba hilang.

“Anggota bomba sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa. Setakat ini, kanak-kanak itu masih belum dijumpai,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini sebentar tadi.-UTUSAN

 





Source link

OR

Scroll to Top