Wanita ditemukan mati di pembahagi jalan selepas kelar diri

Wanita ditemukan mati di pembahagi jalan selepas kelar diri


PETALING JAYA: Seorang wanita tempatan berusia 45 tahun ditemukan mati dengan kesan kelar dalam kereta berhampiran lampu isyarat di Jalan Besar Kepong, malam tadi 

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, mangsa dikatakan telah mengelar dirinya di lengan dan leher sebelum ditemukan di kawasan tersebut pada pukul 10.24 malam. 

“Hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan serius dengan kesan kelar pada lengan dan leher. 

“Berdasarkan maklumat awal, mangsa dipercayai mengalami tekanan akibat masalah kesihatan yang dihadapinya,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Menurutnya, mangsa juga sempat menghantar pesanan di WhatsApp kepada suaminya pada pukul 9.15 malam sebelum kejadian berlaku. 

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan bedah siasat dijadualkan pada pukul 11 pagi ini bagi menentukan punca sebenar kematian,” katanya. – UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top