Dalam pelbagai fabrik tudung, tudung bawal sebenarnya yang paling mudah dan ‘on-point’ dipakai macam gaya puteri PMX, Nurul Izzah Anwar, rupanya ada rahsia kalau nak awning mudah bentuk.
Anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail ini sememangnya memiliki aura luar biasa.
Selain petah berbicara, Nurul Izzah juga merupakan antara hijabi yang menjadi inspirasi dan ikutan ramai kerana keperibadian yang menarik serta dikurniakan rupa paras yang cantik.
Sejak awal pembabitannya dalam arena politik hingga ke hari ini, Nurul Izzah dilihat selesa dengan gaya sederhana dan tidak keterlaluan. Beliau juga tetap setia menggayakan tudung jenis bawal atau square.
Tengok lilitan tudung Nurul Izzah pun sangat mudah dan senang. Tak perlu pakai banyak jarum dan kerongsang. Dalam masa kurang lima minit pun dah siap. Paling penting, Nurul Izzah akan memastikan tudung yang dipakai labuh menutupi dada dan kemas!
Untuk mendapatkan ‘on-point’ look seperti Nurul Izzah, sis perlulah ambil tahu tiga jenis fabrik tudung bawal yang senang dibentuk. Fabrik yang baik bukan saja beralun sempurna, malah ‘awning’ juga lebih bekerjasama dan terletak elok.
Dalam pelbagai fabrik tudung, tudung bawal sebenarnya yang paling mudah dan ‘on-point’ dipakai macam Nurul Izzah Anwar, rupanya ada rahsia kalau nak awning mudah bentuk.
Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/tudung-bawal-kekal-terletak-ini-trik-dan-gaya-selebriti/
Kain Japanese Cotton Voile merupakan kain cotton yang bersifat premium. Sifatnya tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut menjadikan ia mudah dibentuk dan tidak senang berkedut.
Oleh kerana jenis kainnya berasal daripada cotton premium, harga yang dijual di pasaran adalah lebih mahal berbanding harga tudung cotton biasa.
Namun, tudung daripada fabrik japanese cotton voile ini masih lagi mampu dimiliki oleh kerana harganya yang berpatutan.
(2) Chiffon Voile
Selain daripada jenis cotton, tudung bawal yang diperbuat daripada chiffon voile juga menjadi pilihan wanita sebagai kegunaan harian.
Ini kerana sifatnya yang ringan dan mudah terbentuk selesa dipakai untuk pelbagai aktiviti harian. Sekiranya anda tidak suka tudung bawal jenis cotton, anda boleh memilih cotton voile sebagai pengganti.
(3) Cotton
Kain cotton atau kapas merupakan kain yang sudah tidak asing lagi dengan tudung bawal. Kain ini mudah didapati di pasaran dengan harga yang murah.
Tudung jenis cotton amat mudah untuk digayakan, senang terbentuk dan bersifat sejuk. Malah, ia juga terletak elok dan kemas jika digayakan dengan pelbagai fesyen.
Jenis kain ini amat sesuai untuk kegunaan harian memandangkan sifatnya yang tidak licin dan lembut serta flowy.
Awning Mudah Bentuk
Rahsia untuk menjadikan ‘awning’ mudah bentuk sebenarnya terletak pada cara lipatan yang betul atau penggunaan semburan hijab starch.
Kebanyakan hijab starch diperbuat daripada campuran air, pati kanji dan pewangi yang tidak akan meninggalkan kesan pada fabrik. Ia sebaiknya dipakai sewaktu menggosok tudung di bahagian ‘awning’.
Lipatan: Pakai anak tudung jenis snowcap atau inner dagu. Kenakan tudung bawal yang dilipat segi tiga dengan kemas. Sebelum memakai pin di bawah dagu, pastikan ‘awning’ terletak elok dan cucukkan jarum peniti di kiri dan kanan, kemudian pin seperti biasa.
Hijab Starch: Penggunaan hijab starch sangat membantu untuk membentuk awning tudung bawal tetapi usah berlebihan. Sembur sedikit sahaja bagi mengelakkan ia terlalu keras atau kaku.
Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/wany-hasrita-lebih-selesa-gayakan-tudung-bawal-kongsi-tip-awning-kekal-on-point/
Download seeNI sekarang!
Seperti juga dunia fesyen terutama dalam pembikinan pakaian yang mengetengahkan pelbagai tema, hijab juga turut mengalami evolusinya yang tersendiri. Selain selendang dan juga tudung bawal, apa yang dapat diperhatikan trend tudung terkini, penggemar lebih suka menggayakan tudung empat segi dari fabrik satin.
Dengan pelbagai corak sama ada floral, abstrak, geometri, lukisan tangan ataupun travel around the world, memang tudung jenis ini paling hit masa kini. Sangat sesuai digayakan dengan baju polos tanpa corak yang mampu menyerlah seri penampilan seseorang.
Pastinya hijab jenis ini menjadi pilihan hijabi untuk menggayakannya di pagi Syawal. Memang terletak cantik di atas mahkota dan membuatkan penampilan kelihatan sangat ‘on point’ sambil merai lebaran bersama tersayang.
Namun begitu, bukan mudah sebenarnya tudung fabrik satin ini mahu terletak elok di atas kepala. Kalau tidak kena gaya memakainya, tudung boleh jadi senget dan akan membuatkan mood kita jadi tak tentu arah.
Maklumlah sebagai wanita berhijab, penampilan yang sangat dititikberatkan adalah pemakaian tudung selain riasan diri.
Hijabista berkongsi trik mudah dari Peñata Gaya Hijab Popular, Didiyana Ehsan yang memberi tip berguna bagi memastikan tudung satin yang dipakai terletak cantik dan tak senger di kepala.
Menurut Didi, kunci utama bagi pemakaian tudung satin seperti ini adalah perlu tahu kedudukan untuk meletak jarum peniti yang sesuai.
Letak di bahagian tertentu supaya hijab terletak cantik di atas mahkotamu. Jadi selepas ini, hijab satin digayakan tidak bergerak hingga boleh menganggu konsentrasi dirimu sepanjang beraya di rumah saudara mara atau kenalan.
Selain Neelofa selebriti lain yang gemar menggayakan hijab dari fabrik satin adalah Sherry Ibrahim, Mira Filzah, Vivy Yusof dan juga Bella Dally.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM SELEBRITI
Download seeNI sekarang!
Sudah hampir seminggu kita menjalani ibadah puasa. Dan dalam masa sama pastinya masing-masing sedang sibuk buat persiapan beli kelengkapan untuk sambut Syawal. Selain busana yang anggun, pilihan tudung juga sangat penting dalam melengkapi penampilan. Lambakan hijab dijual di pasaran sempena sambutan Aidilfitri dan masing-masing dengan rekaan tersendiri yang cukup mengagumkan.
Ayuh Hijabista senaraikan, 10 jenama popular hijab yang wajib anda miliki supaya penampilan anda terserlah di pagi raya dan sepanjang 30 hari menyambut Syawal.
Rata-rata jenama popular ini mengekalkan konsep hijab printed yang mendominasi fesyen terkini. Untuk hijab printed ini memang sangat sesuai digayakan dengan busana polos tanpa corak.
Artikel Berkaitan: Trik Pakai Hijab Satin Nampak Cantik & Tak Senget
Kalau mampu tiada salahnya miliki semua hijab dicadangkan dan anda boleh gayakan mengikut kesesuaian.
Tidak sukar mencari tutorial hijab kerana ada antaranya yang muat turut video tutorial dalam laman sosial masing-masing. Nah, idea hijab mana jadi pilihan anda nanti!
1. dUCkscarves
2. Naelofar Hijab
3. Ariani
4. Cakenis
5. Ameera Zaini
6. Sofearose
7. Tudung People
8. Alhumaira Contemporary
9. Bokitta Hijab
10. Tudung Ruffle
KREDIT FOTO: INSTAGRAM
Download seeNI sekarang!