Pakar mata rawat Anwar ketika di penjara meninggal dunia

Pakar mata rawat Anwar ketika di penjara meninggal dunia


Kuala Lumpur: Pakar mata Datuk Dr Ahmad Shukri Mohamed yang merawat mata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau berada dalam tahanan polis pada 1998 meninggal dunia.

Berita pemergian Dr Ahmad Shukri dikongsikan Anwar menerusi hantaran di akaun media sosial beliau malam ini.

Dalam perkongsian itu, Perdana Menteri berkata Dr Ahmad Shukri antara yang tampil sebagai saksi memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menafikan tohmahan kononnya beliau mencederakan diri sendiri ketika dalam tahanan polis.

“Jasa dan keikhlasan Almarhum akan sentiasa terpahat dalam ingatan,” katanya.

Anwar turut mendoakan keluarga Dr Ahmad Shukri diberikan kekuatan dan dosa Allahyarham diampuni Allah.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top