SEIRING perkembangan industri automotif global, Great Wall Motor (GWM) Malaysia terus menjadi peneraju dalam membawa transformasi ke pasaran automotif tempatan.
Dengan pengalaman selama hampir 34 tahun sebagai penyedia automotif terkemuka dari China, GWM memperkenalkan produk holistik yang menepati keperluan mobiliti masa hadapan.
Selain itu, jualan lebih 14 juta unit kenderaan GWM di 170 negara dengan lebih 400,000 unit terjual antara Januari hingga November 2024 berjaya menunjukkan pertumbuhan tahunan memberangsangkan sebanyak 45.77 peratus.
Sasarannya untuk menjual lebih 1 juta unit setahun di luar negara menjelang 2030 kini semakin nyata.
Terkini, GWM memperkenalkan dua model baharu yang menjadi perhatian ramai, GWM TANK 500 dan GWM WEY 80 pada Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2024 baru-baru ini.
Sambutan memberangsangkan yang diterima TANK 500 di pasaran antarabangsa menjadikannya calon kenderaan terbaik tahun hadapan sekali gus menambah variasi segmen SUV mewah di Malaysia.
Model ini melengkapkan barisan kenderaan terkini seperti GWM ORA GOOD CAT, GWM ORA 07, SUV 4×4 GWM TANK 300 dan GWM HAVAL H6 HEV.
“Go with More, Grow with Malaysia”
Menginjak usia dua tahun sejak mula bertapak di Malaysia, GWM Malaysia kekal teguh dalam menyediakan pelbagai produk pada harga berpatutan, reka bentuk inovatif, ciri keselamatan yang diiktiraf, serta prestasi yang luar biasa.
Sejajar dengan slogan “Go with More, Grow with Malaysia”, GWM Malaysia memfokuskan kepada tiga teras utama, iaitu ‘More Choices’, ‘More Care’ dan ‘More Experiences’ bertujuan meningkatkan kualiti kehidupan serta memperkukuhkan kepercayaan dan kesetiaan pelanggan.
‘More Choices’ memfokuskan kepada penawaran pelbagai model versatil daripada kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE), elektrik (BEV), hingga hibrid (HEV), yang memberikan pilihan lebih banyak kepada pengguna.
‘More Care’ pula bertujuan menyediakan perkhidmatan selepas jualan melalui waranti menyeluruh serta perlindungan insurans yang premium untuk memberikan ketenangan kepada pelanggan.
Di samping itu, ‘More Experiences’ bertujuan mengeratkan hubungan dengan pelanggan melalui pelbagai aktiviti istimewa seperti percutian eksklusif ke China, ‘GWM Family Day’ dan sesi tayangan wayang khas untuk peminat dan pemilik kenderaan mereka.
Lebih menarik, program ‘GWM User Experience’ turut membabitkan selebriti seperti Iman Opie, Jojo Goh dan Izzue Islam sebagai duta bagi berkongsi pengalaman menggunakan kenderaan GWM selama tiga bulan.
Kepercayaan GWM kepada dunia automotif Malaysia turut diperkukuhkan menerusi kerjasama dengan PEPS-JV (Melaka) Sdn Bhd untuk pemasangan tempatan (CKD) model GWM HAVAL H6 HEV.
Baru sahaja merekodkan penghantaran unit ke-1000 di seluruh Malaysia, Langkah ini diyakini dapat meningkatkan mutu perkhidmatan dan mendorong Malaysia ke arah industri automotif yang lebih canggih.
Promosi istimewa sambutan ulang tahun
Bersempena sambutan ulang tahun kedua GWM di Malaysia, pelanggan berpeluang menikmati pelbagai promosi menarik sehingga 31 Disember 2024.
Antara tawaran yang disediakan termasuk penyelenggaraan percuma selama lima tahun merangkumi alat ganti dan upah kerja bagi semua model GWM.
Pelanggan juga berpeluang menikmati penjimatan eksklusif hingga RM25,000 untuk model GWM ORA pilihan mereka.
Selain itu, 40 pelanggan pertama yang membeli GWM ORA GOOD CAT akan menerima kit aksesori ‘sporty’ secara percuma.
Kunjungi bilik pameran GWM terdekat atau layari laman web rasmi GWM Malaysia di gwm.com.my untuk maklumat lanjut.
© New Straits Times Press (M) Bhd