Hati Arnold sudah tiada untuk Liverpool

Hati Arnold sudah tiada untuk Liverpool


London: Trent Alexander-Arnold dilaporkan sudahpun memberitahu pihak pengurusan Liverpool bahawa dia mahu menyertai Real Madrid pada musim panas depan, menurut laporan media Sepanyol.

Kontrak pemain berusia 26 tahun ini dengan pendahulu Liga Perdana itu dijangka tamat pada penghujung musim ini dan itu bermaksud dia boleh meninggalkan Anfield sebagai ejen bebas musim panas akan datang.

Liverpool berusaha untuk memeterai perjanjian baru dengan pemain antarabangsa England ini, namun setakat ini tiada persetujuan yang dicapai.

Real Madrid mengenal pasti Alexander-Arnold sebagai salah satu pemain utama yang ingin mereka tandatangani pada jendela perpindahan musim panas depan.

Meskipun mereka juga sedang mempertimbangkan untuk merekrut pemain pertahanan kanan baharu pada Januari ini, berikutan kecederaan ligamen cruciate, Dani Carvajal, yang memaksa dia berehat sepanjang baki musim ini.

Laporan utama di muka depan Marca mendakwa bahawa Alexander-Arnold kini memberitahu Liverpool tentang hasratnya untuk menyertai Madrid pada hujung musim.

Laporan itu menambah bahawa Liverpool juga membuat ‘beberapa percubaan’ untuk mencapai persetujuan mengenai kontrak baru dengan Alexander-Arnold, tetapi pemain pertahanan ini bertekad untuk menyertai Madrid.

Apabila ditanya jika situasi kontrak Liverpool dengan Alexander-Arnold, Van Dijk, dan Salah pada 1 Januari, Slot berkata: “Jika kami melakukannya, mungkin bukan masa yang sesuai untuk saya memberitahu anda sekarang.”

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top