Wanita ditemukan mati di hotel bajet

Wanita ditemukan mati di hotel bajet



harisfadli@hmetro.com.my

Serdang: Seorang wanita ditemukan mati di sebuah hotel bajet di sekitar Bandar Kinrara, di sini, malam ini.

Difahamkan, mayat mangsa ditemui oleh pihak hotel yang kemudiannya membuat laporan kepada pihak polis kira-kira 9 malam.

Tinjauan Harian Metro di lokasi sekitar 1 pagi, mendapati unit forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah berada di lokasi kejadian.

Beberapa penduduk yang tinggal berhampiran kawasan lot kedai berkenaan ketika ditemui memaklumkan tidak mendengar sebarang bunyi aneh.

Wartawan difahamkan, penduduk hanya menyedari berlaku kejadian itu selepas melihat kereta peronda polis (MPV) menutup jalan masuk ke lokasi kejadian.

Sementara itu Ketua Polis Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berikutan siasatan di lokasi masih belum selesai dan memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan media dalam masa terdekat.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top