Kumpul kongsi minat

Kumpul kongsi minat



lizamridzuan@hmetro.com.my

PELBAGAI aktiviti diadakan pada malam tahun baru yang lalu dan tidak terkecuali pemilik skuter maxi Yamaha XMax 250 yang berhimpuan bersama.

Ia diadakan untuk Sambutan Ambang Tahun Baru 2025 Kelab Pemilik XMax Malaysia (XOCM) Central 2 (46K, XJK, MERU, KAPAR, 42K) tampil meriah untuk acara yang julung kali diadakan di Petaling Jaya, Selangor itu.

Lebih 150 pemilik dari sekitar Lembah Klang hadir pada malam tahun baru yang bertujuan merapatkan hubungan sesama pemilik dan ahli berdaftar dengan kelab.

Penganjur acara, Ahmad Taufiq Lokman, 43, berkata idea menganjurkan acara itu timbul selepas perjumpaan sesi teh tarik (TTS) pengendali kelab di Banting, Selangor dan ia dilaksana dalam tempoh dua minggu.

“Kami melantik lapan ahli jawatankuasa (ajk) sementara bagi melaksanakan pelbagai tugasan dan Alhamdulillah meskipun dalam tempoh singkat dapat menjayakan acara ini dengan menghimpunkan lebih 150 ahli walaupun pada awalnya sasaran kami untuk 100 yang hadir,” katanya.

Meskipun ringkas, ramai pemilik skuter itu dapat berkumpul sambil berkongsi minat sama menunggang dan berkonvoi ke destinasi pilihan.

Meskipun hanya di Lembah Klang, masing-masing merancang perjalanan dari lokasi tempat tinggal mereka seperti diari Puchong, Banting, Meru dan Shah Alam dengan hadir bersama-sama menuju ke lokasi acara.

“Aktiviti malam tahun baru dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah serta pertunjukan bunga api sebagai acara kemuncak.

“Selain itu acara bagi mempromosikan aktiviti utama XOCM iaitu konvoi ke Koh Samui di Thailand pada Mei hadapan yang menyasarkan 300 Xmax,” katanya yang bekerja di syarikat telekomunikasi.

XOCM Central 2 juga banyak menganjurkan dan menyertai pelbagai acara pada tahun lalu seperti XMax Johor Member Mega Gathering 2024, Explore Perak ride, MRR2 x XOCM Sahur Mega RIde dan Meet & Greet XMax Owner Club Malaysia (Central).

Untuk 2025, selain ke Thailand, mereka merancang pelbagai aktiviti yang menarik sepanjang tahun yang boleh disertai oleh pemilik XMax di Malaysia.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top