PDRM diingat tidak pandang mudah Kuching City

PDRM diingat tidak pandang mudah Kuching City


Shahrel Fikri (kiri) sandaran PDRM berdepan Kuching City di Selayang. Foto PDRM Football Club

PDRM FC diingatkan tidak memandang mudah keupayaan Kuching City apabila kedua-dua pasukan berentap dalam saingan Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada Sabtu.

Malah, pengendali The Cops, P Maniam turut juga mengingatkan pemain-pemainnya untuk melupakan kekalahan di Kuching pada 12 Julai lalu.

“PDRM tewas di Kuching sebelum ini bukan kerana kita tidak bermain pada tahap terbaik biarpun kehilangan beberapa tonggak dalam perlawanan itu.

“Kita tewas kerana gagal memanfaatkan setiap peluang yang diperolehi dalam perlawanan itu dalam bentuk jaringan.

“Jadi kali ini pemain PDRM tidak boleh ambil mudah walaupun kelebihan beraksi di laman sendiri kerana saya jangkakan cabaran sengit Kuching City,” katanya yang menuntut Cops lebih fokus.

PDRM tewas 0-2 kepada Kuching City hasil jaringan pemain tengah Muhammad Daniel Amier minit kedua sebelum menggandakan kedudukan menerusi pemain import Jordan Mintah (m-92).

Sementara itu, Maniam menegaskan PDRM akan tampil tanpa khidmat dua tonggak Ifedayo Olusegun dan Aremu Timothy selepas kedua-duanya mengutip tiga kad kuning.

“Kita berdepan Kuching City tanpa Ifedayo dan Timothy, jadi pemain-pemain sedia ada perlu tunjukkan kesungguhan dan kemahuan untuk menang.

“Sandaran kita kali ini diletakkan kepada Shahrel Fikri (Md Fauzi) dan Hadi Fayyadh (Abdul Razak) untuk menampilkan aksi terbaik masing-masing.

“Saya juga mengharapkan pemain-pemain yang diturunkan dalam kesebelasan utama dapat menunjukkan permainan berkualiti masing-masing,” katanya.

LIGA SUPER

SABTU (11 JANUARI)

PDRM FC lwn Kuching City

(Stdm Majlis Perbandaran Selayang, 5.15 petang)

JDT lwn Sabah FC

(Stdm Sultan Ibrahim, 8.15 malam)

AHAD (12 JANUARI)

Selangor FC lwn Kuala Lumpur City

(Stdm Majlis Bandaraya Petaling Jaya, 5.15 petang)

Penang FC lwn Perak FC

(Stdm Bandaraya, 8.15 malam)



Source link

OR

Scroll to Top