Kawasan carian tiga nelayan hilang diperluas

Kawasan carian tiga nelayan hilang diperluas


Alor Setar: Operasi mencari tiga nelayan yang dikhuatiri hilang ketika merawai di Pulau Payar dekat Pulau Langkawi diteruskan dengan kawasan pencarian diperluas sejauh 371.28 batu nautika persegi.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kedah/Perlis Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, operasi mencari dan menyelamat (CariLamat) mangsa iaitu Asrul Hisham Zainon, 47, anaknya Shahril Aiman Asrul Hisham, 16, serta Mohamad Al-Amin Sufian, 29, diteruskan pada 7.30 pagi ini.

“Operasi hari ketiga ini membabitkan aset udara dan kapal milik APMM, bot polis dan bot Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), melibatkan keluasan sektor pencarian sejauh 371.28 batu nautika persegi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan tiga nelayan dikhuatiri hilang selepas tidak pulang ke pangkalan pada Jumaat lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top