Dendam lama punca kelindan lori kena pukul

Dendam lama punca kelindan lori kena pukul



mhafis@mediaprima.com.my

Ampang Jaya: Akibat dendam lama pernah dicederakan menyebabkan seorang lelaki bertindak memukul kelindan lori di Jalan Pandan Indah, di sini, Sabtu lalu.

Susulan itu suspek lelaki berusia 31 yang juga pemandu lori ditahan kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, dalam kejadian jam 9.10 malam itu, semasa seorang wanita berusia 57 tahun berada di rumah dia menerima panggilan dari Hospital Ampang beritahu anak angkatnya, 42, masuk ke zon merah Hospital Ampang.

Menurutnya, ketika berada di Hospital Ampang, seorang lelaki yang membawa mangsa telah beritahu anaknya dipukul di Jalan Pandan Indah oleh suspek.

“Mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut oleh Hospital Ampang dan dalam keadaan stabil setelah menerima rawatan di HKL.

“Motif kejadian adalah kerana dendam lama disebabkan mangsa pernah mencederakan suspek pada pertengahan tahun 2024,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata, suspek ditahan jam 11 malam kelmarin di tepi jalan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

“Suspek direman lima hari bermula semalam hingga 18 Januari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top