zatuliffah@hmetro.com.my
Kuala Terengganu: Jumlah mangsa yang berpindah akibat ombak besar dan air pasang di dua daerah di Terengganu kini menurun kepada 20 orang.
Setakat jam 8 pagi, kesemua mangsa daripada tujuh keluarga itu berlindung di dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang diaktifkan di daerah Kemaman dan Dungun.
Ia menunjukkan sedikit penurunan berbanding 34 mangsa daripada 10 keluarga semalam.
Berdasarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, PPS Balai Raya Kampung Geliga Pantai menjadi tempat berlindung enam mangsa daripada dua keluarga.
Di Dungun, PPS Balai Raya JPKK Bandar Paka menempatkan 14 mangsa daripada lima keluarga.
Ketika ini, keadaan cuaca di kebanyakan tempat dilanda angin ribut.
© New Straits Times Press (M) Bhd