Indonesia Masters: Satu slot final dalam tangan

Indonesia Masters: Satu slot final dalam tangan


Aaron (kanan) dan Wooi Yik menewaskan pasangan Korea Selatan untuk mara ke separuh akhir Indonesia Masters. – Foto Agensi.

SATU wakil negara mengesahkan slot final Kejohanan Badminton Super 500 Indonesia Masters di Jakarta Ahad ini.

Ia selepas beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun bakal bertemu sesama sendiri dalam saingan separuh akhir di Istora Senayan pada Sabtu.

Aaron-Wooi Yik yang berkedudukan kelima dunia mara ke kelompok empat terbaik selepas menumpaskan pasangan yang baru digandingkan, Kang Min-hyuk dan Kim Won-ho.

Pasangan dari Korea Selatan itu tewas 19-21, 15-21 dalam saingan suku akhir selepas 40 minit permainan.

Wei Chong-Kai Wun pula menundukkan rakan senegara, Wan Arif Junaidi-Yap Roy King secara ‘straight set’ 21-15, 21-16 dalam masa 32 minit aksi.

Kai Wun (kanan) dan Wei Chong mara ke separuh akhir Indonesia Masters selepas mengalahkan rakan senegara pada Jumaat. - Foto Agensi.

Kai Wun (kanan) dan Wei Chong mara ke separuh akhir Indonesia Masters selepas mengalahkan rakan senegara pada Jumaat. – Foto Agensi.

Dalam pada itu, beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah menjadi wakil pertama mara ke separuh akhir.

Kejayaan tersebut diraih selepas pasangan nombor tujuh dunia itu melakar kemenangan ke atas gandingan Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto 21-16, 21 -15.

Menanti Pearly-Thinaah dalam laluan ke pentas akhir ialah gandingan Korea Selatan, Lee Yeon Woo-Lee Yu Lim.



Source link

OR

Scroll to Top