ARNE Slot menegaskan penamat saingan kumpulan format baharu Liga Juara-Juara musim ini, yang menjana sekurang-kurangnya 55.945 juta Euro (RM256.53 juta) untuk pendahulu tersebut tidak penting.
Sebaliknya jelas pengendali Liverpool itu tekad memanfaatkan kemaraan ke pusingan 16 terbaik dengan merehatkan beberapa pemain tonggak pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut.
Virgil van Dijk, Mohamed Salah dan Ryan Gravenberch, yang telah memulakan kesemua tujuh kemenangan Liga Juara-Juara musim ini, adalah antara yang direhatkan untuk aksi kelapan itu.
Mereka direhatkan bersama Alisson, Trent Alexander-Arnold, Ibrahima Konaté, Alexis Mac Allister, Dominik Szoboszlai dan Luis Diaz.
Bekas pengendali kelab liga Eredivisie Belanda, Feyenoord Rotterdam berusia 46 tahun itu mengambil pendekatan berani apabila menampilkan Trent Kone-Doherty, penyerang berusia 18 tahun.
Selain itu, pemain tengah Isaac Mabaya dan Kieran Morrison, dan pemain pertahanan Amara Nallo adalah dalam kalangan 21 pemain skuad The Redsyang bertandang ke Eindhoven.
“Seorang bijak pandai pernah berkata kepada saya bahawa dia tidak pernah melihat sesuatu yang baik datang daripada kekalahan dalam perlawanan.
“Tiga belas atau 14 pemain kebanyakannya berkongsi masa bermain yang sama jadi adalah bagus untuk mendapatkan pemain lain ke dalam rentak permainan kerana kami memerlukan mereka.
“Skuad ini untuk jangka masa panjang. Dan kebiasaannya kami akan mengunakan barisan terbaik, tetapi kali ini pengecualian berdepan PSV sebelum menentang Bournemouth diikuti Tottenham,” ujarnya.
LIverpool yang memimpin kumpulan dengan 21 mata sambil diekori rapat gergasi La Liga Sepanyol, Barcelona (18 mata), Arsenal (16 mata) dan Inter Milan (16 mata) akan berdepan PSV Eindhoven.
PSV Eindhoven yang berada di tangga ke-19 liga akan melayan kunjungan Liverpool di Stadium Philips, Eindhoven, juga mengintai kemaraan automatik ke pusingan 16.
Liga Juara-Juara
Khamis (30 Januari)
PSV Eindhoven lwn Liverpool
Bayern Munich lwn Slovan Bratislava
Borussia Dortmund lwn Shakhtar Donetsk
Bayern Leverkusen lwn Sparta Prague
Girona lwn Arsenal,
Barcelona lwn Atalanta,
Brest lwn Real Madrid
Manchester City lwn Club Brugge
Young Boys lwn Red Star Belgrade
LOSC lwn Feyenoord Rotterdam
Juventus lwn Benfica
Aston Villa lwn Celtic
Dinamo Zagreb lwn AC Milan
Inter Milan lwn AS Monaco
SK Strum Graz lwn RB Leipzig
RB Salzburg lwn Atletico Madrid
Sporting Lisbon lwn Bologna
VfB Stuttgart lwn Paris Saint-Germain
* Semua perlawanan bermula jam 4 pagi