Amorim akui tak sebulu dengan Rashford

Amorim akui tak sebulu dengan Rashford


Rashford (kiri) gagal mendapatkan kepercayaan Amorim di United.

PENGURUS Manchester United, Ruben Amorim berkata, Marcus Rashford meninggalkan kelab kerana dia tidak dapat membuat penyerang itu melihat bola sepak dengan cara yang sama sepertinya.

Hujung minggu lalu, Rashford menyertai Aston Villa secara pinjaman sehingga penghujung musim selepas tidak lagi beraksi untuk kelab zaman kanak-kanaknya sejak 12 Disember lalu.

Rashford sekadar memanaskan bangku simpanan selepas secara terbuka mengakui sudah bersedia mengharungi cabaran baharu.

Villa mempunyai pilihan untuk menjadikan perjanjian itu tetap dengan harga £40 juta (RM221 juta) yang akan menamatkan hubungan hampir seumur hidup Rashford dengan United.

“Saya tidak dapat membuat Marcus bermain bola sepak dengan cara yang saya inginkan, begitu juga semasa sesi latihan.

“Apa pun, saya mengharapkan yang terbaik untuk Marcus dan Unai Emery (pengurus Villa).

“Mereka boleh berkomunikasi dengan baik kerana dia adalah pemain yang sangat baik,” ujar Amorim.

Apabila ditanya sama ada terdapat kemungkinan Rashford akan kembali ke Old Trafford pada musim panas nanti, Amorim berkata dia hanya menumpukan kepada tugasnya kerana dalam bola sepak sebarang kemungkinan boleh berlaku termasuk pemecatan.

Penyerang berusia 27 tahun itu sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke AC Milan dan Barcelona, namun kelab-kelab gergasi Eropah itu menarik diri disebabkan gaji mingguannya yang dilaporkan mencecah £300,000 (RM1.65 juta).

Menurut Sky Sports, Villa akan membayar sekurang-kurangnya 75 peratus daripada gaji Rashford sepanjang tempoh pinjaman, yang boleh meningkat sehingga 90 peratus bergantung kepada prestasinya.



Source link

OR

Scroll to Top