PEMAIN pertahanan Manchester United, Diogo Dalot percaya Ruben Amorim mampu untuk membawa pasukan itu menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam beberapa tahun akan datang.
Dia meletakkan keyakinan itu berdasarkan cara Amorim menguruskan pasukan dan berkomunikais dengan pemain.
Kenyataan itu dibuat Dalot dalam satu program dengan kelab penyokong United yang disiarkan oleh MUTV.
“Jika anda mahu saya jujur sepenuhnya dengan Amorim, saya fikir kami boleh memenangi EPL. Saya fikir secara realistik kami boleh menang. Tetapi kemudian ia menjadi perkara yang paling sukar untuk didengar sebagai peminat bahawa ia akan mengambil masa.
“Saya faham. Saya seorang pemain tetapi, pada masa yang sama, saya tahu apa yang anda rasa. Saya tahu bahawa kelab ini dahagakan untuk menang dan semua orang mahu menang.
“Kami tidak bercakap tentang piala kerana saya tahu itu penting untuk memenangi trofi, tetapi apa yang akan membawa kelab ini kepada trofi besar.
“Saya fikir kami boleh memenangi EPL dengan Amorim, tetapi pada masa yang sama, kami perlu mewujudkan persekitaran dia sudah bersedia untuk apa yang dia mahu daripada pemain.
“Kami juga perlu menyesuaikan diri dengan sistem. Ia akan mengambil sedikit masa,” katanya.
Amorim telah dilantik sebagai pengendali United pada November tahun lalu untuk menggantikan Erik ten Hag, namun berhadapan permulaan kurang meyakinkan apabila berada di kedudukan ke-13 dalam saingan EPL.
“Jelas sekali kami tidak boleh berfikir terlalu jauh ke hadapan, tetapi saya benar-benar yakin bahawa caranya berkomunikasi berkomunikasi dengan pemain, idea yang dia ada, kita boleh melakukannya.
“Sekarang ia menjadi bahagian yang paling sukar, tetapi jujur dan positif mengenainya saya fikir kita boleh memenangi trofi besar bersama Amorim,” ujarnya.