“Setiap Hari Saya Berdoa Sungguh-Sungguh Hingga Menangis Di Sujud Terakhir Mahukan..” – Ezreena Amir Hamzah – Hijabista

“Setiap Hari Saya Berdoa Sungguh-Sungguh Hingga Menangis Di Sujud Terakhir Mahukan..” – Ezreena Amir Hamzah – Hijabista

Selain Hawa Rizwana Redzuan, penonton setia Buletin Utama TV3 pasti sangat mengenali bekas penyampai berita jelita, Ezreena Amir Hamzah yang sebelum ini ‘freehair’ namun akhirnya memilih untuk tampil di kaca televisyen dengan imej berhijab beberapa tahun lalu.

Mengenang semula kisah penghijrahannya di laman Instagram, Ezreena mula berhijab pada Mac 2022 yang jatuh pada tarikh peristiwa Hari Israk dan Mikraj.

Titik Perubahahan Ezreena Amir Hamzah!

Menurut Ezreena, dia sebenarnya sudah lama terdetik untuk mengenakan hijab namun, antara faktor yang menyebabkan hatinya benar-benar terbuka dan bertambah yakin untuk mengenakan hijab adalah ketika  abangnya diserang lumpuh separa badan.

Katanya lagi, ketika itu dia berharap agar perubahannya itu dapat menjadi salah satu asbab buat abangnya untuk kembali sembuh.

“Apa yang membuat saya berubah? Kisahnya begini. Sebenarnya dah lama pasang niat, tapi hati tak terbuka lagi. Tudung adalah sehelai dua, spare kalau ada assignment yang memerlukan memakai tudung. Brooch? Satu je. Itupun dah hilang.

“Awal Februari lalu, saya dikejutkan dengan berita salah seorang abang saya jatuh sakit. Sakit yg menyebabkan dia lumpuh separuh badan. Kemudian dihantar ke hospital dan terus dipantau sehinggalah hari ini. Hakikatnya keadaan abang tidak begitu baik,” luahnya.

Ekoran daripada situasi tersebut, Ezreena berasa sungguh sedih lalu merintih dan meminta pertolongan daripada Allah agar diberikan kesembuhan buat abang tersayang.

“Setiap hari saya berdoa, sungguh-sungguh saya berdoa sehingga menangis di sujud terakhir mahukan abang dipanjangkan usia, sembuh dan kembali ke kehidupannya.

“I was so helpless, that no one can stay by his side, waiting for him at the hospital. Hanya doa je yang kami mampu lakukan.

“Saya tanya pada tuhan, apa yang boleh saya buat untuk bantu abg saya dan saya sanggup berubah jika itu boleh membantu.

Syukur Allah Maha Baik, Ada Tanda-Tanda Positif

Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya ini meluahkan rasa syukur selepas abangnya dikatakan telah menunjukkan tanda-tanda positif dan dibenarkan untuk pulang ke rumah.

“Seminggu-dua selepas tu, walaupun abang masih belum stabil, tapi Allah swt masih memanjangkan usianya. Allah swt beri peluang untuk dia pulang bersama kami di rumah. Setidak-tidaknya boleh juga meneman dia, dan berikan sokongan emosi.

“Seminggu saya di kampung, saya terfikir. sejahil-jahil saya, Allah swt cuba juga berikan apa yang saya inginkan.

“Dan saya juga ada berdoa pada Allah swt, untuk memudahkan Zill bercakap, berinteraksi dengan baik dan mendapat manfaat di taska baru. Pun Allah dah kabulkan. Hari demi hari ada je perubahan baik yang Zill tunjukkan,” kongsinya lagi.

Di kesempatan itu juga, Ezreena dirinya berasa amat bertuah kerana dikurniakan suami yang sangat memahami dan mendukung setiap keputusannya.

Tanggal 1 Mac 2022 yang juga merupakan Hari Israk dan Mikraj telah menjadi menjadi titik tolak kepada penghijrahan Ezreena.

“Lantas nikmat Tuhan yg mana lagi saya dustakan? Dan bila terbayang muka suami, yang tak pernah memaksa saya bertudung walaupun saya tahu dia sangat-sangat mendambakan perubahan itu, menguatkan lagi hati saya.

“Alhamdulillah, hati saya terbuka pada 1 Mac 2022, yang kebetulan juga jatuh pada Hari Israk & Mikraj.

“Satu Perjalanan yang agung buat Rasulullah SAW untuk bertemu Allah SWT, di mana solat lima waktu kemudian disyariatkan.

“Saya masih lagi saya. Tapi saya cuba jadi yang lebih baik daripada sebelum ini. Terima kasih banyak pada semua yg mendoakan. Appreciate that so much,” akhirinya.

Meninjau di ruangan komen, pada hantaran terdahulu rata-rata netizen dan selebriti turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Ezreena akan terus kekal istiqamah selepas ini.

Sekadar informasi, Ezreena telah mendirikan rumah tangga bersama suami yang juga merupakan pembaca berita, Asrul Nizam Kadir pada 2015.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan

Di ruangan komen, ramai yang terharu dengan kisah yang dikongsinya dan mendoakan agar Ezreena terus istiqamah ke jalan yang benar.

“Setiap Hari Saya Berdoa Sungguh-Sungguh Hingga Menangis Di Sujud Terakhir Mahukan..” – Ezreena Amir Hamzah“Setiap Hari Saya Berdoa Sungguh-Sungguh Hingga Menangis Di Sujud Terakhir Mahukan..” – Ezreena Amir Hamzah “Setiap Hari Saya Berdoa Sungguh-Sungguh Hingga Menangis Di Sujud Terakhir Mahukan..” – Ezreena Amir Hamzah“Setiap Hari Saya Berdoa Sungguh-Sungguh Hingga Menangis Di Sujud Terakhir Mahukan..” – Ezreena Amir Hamzah “Setiap Hari Saya Berdoa Sungguh-Sungguh Hingga Menangis Di Sujud Terakhir Mahukan..” – Ezreena Amir Hamzah“Setiap Hari Saya Berdoa Sungguh-Sungguh Hingga Menangis Di Sujud Terakhir Mahukan..” – Ezreena Amir Hamzah “Setiap Hari Saya Berdoa Sungguh-Sungguh Hingga Menangis Di Sujud Terakhir Mahukan..” – Ezreena Amir Hamzah“Setiap Hari Saya Berdoa Sungguh-Sungguh Hingga Menangis Di Sujud Terakhir Mahukan..” – Ezreena Amir Hamzah

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI


OR

Scroll to Top