Masai, Holloway bawa momentum Paris 2024

Masai, Holloway bawa momentum Paris 2024


New York: Dua pemenang pingat emas Sukan Olimpik Paris tahun lalu, Masai Russell dan Grant Holloway, muncul juara di Kejohanan Dalam Dewan Trek dan Padang Amerika Syarikat (USATF) 2025 yang berlangsung di Staten Island, New York.

Holloway mengekalkan rekod tanpa kalah dalam acara 60 meter (m) lari berpagar lelaki selama lebih sedekad selepas mencatat masa 7.36 saat (s), menyamai rekod terbaik dunia tahun ini.

Cameron Murray menduduki tempat kedua dengan catatan peribadi terbaik 7.41s.

Masai pula meraih kejuaraan sulungnya dalam 60m lari berpagar wanita dengan catatan peribadi terbaik 7.74s, juga rekod dunia terbaik tahun ini.

Grace Stark menamatkan saingan di tempat kedua dengan 7.76s.

Dua atlet terbaik dalam kebanyakan acara akan layak ke Kejohanan Dunia Dalam Dewan di Nanjing, China, pada 21 hingga 23 Mac nanti.

Holloway berhasrat menjadi pelari berpagar pertama memenangi tiga gelaran dunia dalam dewan berturut-turut, manakala Masai memilih untuk memberi tumpuan kepada musim olahraga terbuka.

Dalam acara lompat bergalah, pemenang emas Olimpik Tokyo, Katie Moon, meraih kejuaraan dalam dewan kelima selepas melepasi ketinggian 4.80m.

Gabriela Leon di tempat kedua dengan 4.65m.

Chris Nilsen menjuarai acara lompat bergalah lelaki dengan catatan 5.70m, diikuti Jacob Wooten dengan ketinggian sama.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top