Slot ada asas kritik Nunez

Slot ada asas kritik Nunez


Slot (kiri) secara terbuka mengkritik persembahan Nunez semasa perlawanan menentang Aston Villa pada minggu lalu.

PENGENDALI Liverpool, Arne Slot berkata, kritikan terbuka terhadap Darwin Nunez bukan dibuat secara membabi buta sebaliknya ia berdasarkan kepada sikap dan prestasi penyerang itu di atas padang.

Nunez mensia-siakan peluang ketika diturunkan dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Aston Villa pada pertengahan minggu lalu.

Susulan itu, Slot menuduh Nunez membiarkan kegagalan menyumbat gol di Villa Park mempengaruhi persembahannya pada baki perlawanan tersebut.

“Saya tidak boleh menerima jika seseorang pemain tidak memberikan segalanya. Itu jelas, saya boleh menerimanya sekali tetapi dua kali terlalu banyak.

“Itulah sebab saya menegurnya. Bukan kerana saya tiba-tiba menjadi sangat marah atau membencinya,” ujar Slot.

Aksi di Villa Park berkesudahan Liverpool dan Villa berkongsi satu mata selepas terikat 2-2.

Nunez pula kembali memanaskan bangku simpanan ketika The Reds meraih kemenangan 2-0 ke atas penyandang juara Machester City pada Isnin lalu.

Slot kini berpeluang meraih kejuaraan EPL dalam musim sulungnya bersama Liverpool selepas kelab berpangkalan di Mersyside itu terus menjarakkan mata di puncak liga.



Source link

OR

Scroll to Top