SEMPENA 58 tahun penubuhannya, Koperasi New Straits Times Press (M) Berhad secara rasmi menukar nama dan logo kepada Koperasi Media Prima Berhad (Kopmedia).
Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad (MPB), Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid berkata, perubahan itu menandakan satu pencapaian penting dalam sejarah koperasi syarikat.
Katanya, pertukaran ini bukan sekadar perubahan nama, bahkan mencerminkan komitmen syarikat dalam memastikan kebajikan warga kerja MPB terus terpelihara, khususnya kepada semua anggota koperasi yang menyumbang kepada pembangunan koperasi sejak dahulu lagi.
“Koperasi memainkan peranan penting dalam membantu meningkatkan kesejahteraan ekonomi anggotanya. Konsep koperasi ini mudah, iaitu setiap anggota menyimpan sebahagian kecil pendapatan melalui potongan gaji.
“Hasil tabungan ini bukan sahaja memberi manfaat kepada penyimpan, tetapi juga dapat digunakan untuk membantu anggota lain yang memerlukan,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd