Sambutan hari raya tahun ini bakal menjadi lebih meriah dengan acara penstriman langsung Kecoh Bazar Raya yang bakal berlangsung di TikTok Shop.
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pengalaman membeli-belah dalam talian pada 19 Mac dan 20 Mac 2025, dari 10 malam hingga 12.30 pagi yang menawarkan pelbagai tawaran hebat yang pasti memikat hati pembeli, termasuk baucar berganda, diskaun besar, serta hadiah menarik.
Nikmati penampilan menarik daripada artis popular yang trending seperti Aya, Azfar Hery, Harzsan, Noreen, Amir Masdi, Dayang Nurfaizah, Marsha Milan, dan ramai lagi yang akan menghiburkan penonton sepanjang acara ini.
Mereka bukan sahaja membawa hiburan, tetapi turut memeriahkan suasana membeli-belah dalam talian yang pastinya tidak akan dilupakan.
Baucar berganda, penjimatan maksimum
TikTok Shop memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih bijak dengan menawarkan penjimatan berganda, di mana pelanggan dapat memanfaatkan kombinasi sehingga empat baucar pada setiap pembelian.
Antara baucar yang tersedia adalah baucar penghantaran percuma, baucar TikTok Shop, baucar Seller, dan baucar pulangan wang.
Barangan berjenama hanya RM10
Istimewa Syawal ini, Kecoh Bazar Raya memberikan peluang kepada pelanggan untuk mendapatkan barangan berjenama dengan harga serendah RM10.
Terdapat pelbagai pilihan produk daripada jenama terkenal seperti Bulan Bintang, Barang Dapur Basah, Rico Rinaldi, dan banyak lagi.
Tawaran ini hanya tersedia untuk masa terhad, jadi pastikan anda tidak terlepas peluang untuk mendapatkan produk berkualiti dengan harga berpatutan
Menang hadiah setiap 15 minit
Selain menikmati penjimatan hebat, penstriman langsung Kecoh Bazar Raya juga memberi peluang kepada penonton untuk memenangi hadiah menarik setiap 15 minit.
Semakin lama anda menonton, semakin besar peluang untuk membawa pulang hadiah lumayan.
Acara ini bukan sekadar untuk membeli-belah, tetapi juga untuk hiburan. Para penonton akan dihiburkan oleh selebriti terkenal seperti Aya, Azfar Hery, Harzsan, Noreen, Amir Masdi, Dayang Nurfaizah, Marsha Milan, dan ramai lagi.
Penghantaran percuma, diskaun berganda
Tidak ketinggalan, TikTok Shop turut memberikan penghantaran percuma tanpa had sepanjang kempen ini berlangsung.
Pelanggan kini berpeluang menikmati diskaun tambahan hingga RM100 pada pembelian tertentu.
Selain daripada acara utama pada 19 Mac dan 20 Mac 2025, TikTok Shop juga menawarkan diskaun sehingga 20 peratus pada produk dari jenama MALL setiap hari, pada 12 tengah hari.
Jenama-jenama MALL ini menawarkan produk yang berkualiti tinggi dengan label khas dari TikTok Shop. Setiap pembelian juga boleh digabungkan dengan baucar berganda, menjadikan setiap transaksi lebih berbaloi.
Bukan itu sahaja, selepas acara penstriman langsung Kecoh Bazar Raya, TikTok Shop akan mengadakan ‘Jualan Non-Stop’ selama 72 jam pada 23 Mac dan 25 Mac 2025.
Baucar baru akan dikeluarkan pada 12 tengah malam, 5 pagi, 8 pagi, 12 tengah hari, 4 petang, 8 malam dan 10 malam, memberikan lebih banyak peluang kepada pelanggan untuk mendapatkan tawaran menarik sepanjang hari.
Jangan lepaskan peluang untuk merasai kemeriahan Kecoh Bazar Raya di TikTok Shop.
Kecoh Bazar Raya hanya di TikTok Shop. Belanja Cermat, Kemeriahan Berterusan.
Untuk maklumat lanjut, klik pautan ini atau buka aplikasi TikTok dan pergi ke tab Shop.
© New Straits Times Press (M) Bhd