Maresca mahu Chelsea terus gegar Eropah

Maresca mahu Chelsea terus gegar Eropah


Pengendali gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea, Enzo Maresca, menyifatkan penting bagi The Blues untuk mara ke suku akhir Liga Konferensi Europa.

Malah, tegasnya, sasaran kelab London itu seterusnya ialah separuh akhir selepas menang agregat 3-1 ke atas pasukan Denmark, FC Copenhagen, pada Jumaat.

“Kami layak mendapatnya dalam dua perlawanan. Kami mengubah dan menyesuaikan diri pada separuh masa kedua dan bermain dengan lebih baik. Untuk itu, anda perlu bersabar.

“Kelab ini sentiasa memenangi trofi pada masa lalu, dan kami perlu melakukan yang terbaik untuk mencapai sasaran musim ini. Kami perlu memberikan gelaran kepada peminat dan kelab,” katanya.

Pasukan kendalian Maresca itu menewaskan Copenhagen 2-1 dan 1-0 dalam kedua-dua perlawanan, sekali gus meraih kemenangan agregat 3-1.

Kemenangan itu membolehkan The Blues bertemu wakil Poland, Legia Warsaw, di suku akhir pada awal April.

Biarpun begitu, perlawanan liga Chelsea menentang Ipswich Town akan dijadualkan semula selepas The Blues mara ke suku akhir Liga Konferensi Europa.

Pada asalnya, Chelsea dijadualkan menerima kunjungan The Tractor Boys di Stamford Bridge pada Sabtu, 12 April.

Seterusnya, Chelsea akan berdepan Arsenal dalam perlawanan EPL di Stadium Emirates pada Isnin.



Source link

OR