KEJOHANAN Seluruh England bertukar menjadi mimpi ngeri buat bekas pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen, selepas tersingkir seawal pusingan pertama.
Pemain perseorangan lelaki Denmark itu tewas dalam pertarungan sengit tiga set kepada pemain Taiwan, Lin Chun-yi dalam aksi di Utilita Arena, Birmingham.
Axelsen mengakui kecewa dengan kekalahannya tetapi memuji prestasi cemerlang Lin Chun-yi yang menurutnya lebih baik pada hari tersebut.
“Kejohanan Seluruh England yang mengecewakan buat saya tahun ini! Kalah kepada Lin yang bermain dengan baik, yang merupakan lawan yang lebih baik,” tulis Axelsen di laman media sosialnya.
Selain itu, Axelsen turut mendedahkan bahawa beliau sedang bergelut dengan kecederaan belakang yang telah berlarutan selama beberapa bulan.
“Saya telah mengalami sakit belakang yang teruk sejak beberapa bulan kebelakangan ini, dan terlalu banyak hari di mana badan saya tidak mampu bergerak dengan baik pada ketika ini,” jelasnya.
Bagaimanapun, juara Seluruh England 2022 itu tetap optimis untuk mencari jalan penyelesaian terhadap masalah kecederaannya.
“Saya yakin, dengan bantuan pasukan hebat di sekeliling saya, saya akan dapat mencari penyelesaian terbaik untuk terus maju ke hadapan,” katanya.
Beliau juga berjanji akan memberikan perkembangan terkini mengenai pemulihannya kepada para peminat serta mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka.
Aksi Penuh Perlawanan
Dalam perlawanan tersebut, Lin Chun-yi memenangi set pertama dengan keputusan 21-19 dalam pertarungan sengit.
Axelsen, selaku pilihan keempat kejohanan, bangkit pada set kedua dengan kemenangan 21-13.
Namun, di set penentuan, Axelsen gagal mengekalkan momentumnya apabila Lin Chun-yi berjaya meraih enam mata berturut-turut sebelum mengesahkan kemenangan 21-11.
Kekalahan ini menambah lagi catatan kurang memberangsangkan Axelsen di Kejohanan Seluruh England. Pada edisi 2023, beliau tersingkir di peringkat suku akhir selepas tewas kepada Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia, yang kemudiannya muncul naib juara selepas tewas kepada rakan senegaranya, Jonatan Christie, di pentas final.
INFO
Juara perseorangan lelaki Terbuka Seluruh England sejak 1980-an
1980
Prakash Padukone (India) tewaskan Liem Swie King (Indonesia) 15–3, 15–10
1981
Liem Swie King (Indonesia) tewaskan Prakash Padukone11–15, 15–4, 15–6
1982
Morten Frost (Denmark) tewaskan CHNJin Luan (China) 11–15, 15–2, 15–7
1983
Luan Jin (China) tewaskan Morten Frost (Denmark) 15–2, 13–15, 15–4
1984
Morten Frost (Denmark) tewaskan Liem Swie King (Indonesia) 9–15, 15–10, 15–10
1985
Zhao Jianhua (China) tewaskan Morten Frost, 6–15, 15–10, 18–15
1986
Morten Frost (Denmark) tewaskan Misbun Sidek (Malaysia) 15–2, 15–8
1987
Morten Frost (Denmark) tewaskan Icuk Sugiarto (Indonesia) 15–10, 15–0
1988
Ib Frederiksen (Denmark) tewaskan Morten Frost (Denmark) 8–15, 15–7, 15–10
1989
Yang Yang (China) tewaskan Morten Frost (Denmark) 15–6, 15–7
1990
Zhao Jianhua (China) tewaskan Joko Suprianto (Indonesia), 15–4, 15–1
1991
Ardy Bernardus Wiranata (Indonesia) tewaskan Foo Kok Keong, 15–12, 15–10
1992
Liu Jun (China) tewaskan Zhao Jianhua (China),15–13, 15–13
1993
Hariyanto Arbi(Indonesia) tewaskan Joko Suprianto (Indonesia) 15–7, 4–15, 15–11
1994
Hariyanto Arbi (Indonesia) tewaskan Ardy Bernardus Wiranata (Indonesia) 15–12, 17–14
1995
Poul-Erik Hoyer Larsen (Denmark) tewaskan Hariyanto Arbi17–16, 15–6
1996
Poul-Erik Høyer Larsen (Denmark) tewaskan Rashid Sidek(Malaysia) 15–7, 15–6
1997
Dong Jiong (China) tewaskan Sun Jun (China), 15–9, 15–5
1998
Sun Jun tewaskan Ong Ewe Hock, 15–1, 15–7
1999
Peter Gade (Denmark) tewaskan Taufik Hidayat (Indonesia) 15–11, 7–15, 15–10
2000
Xia Xuanze (China) tewaskan Taufik Hidayat (Indonesia), 15–6, 15–13
2001 I
Pullela Gopichand (India) tewaskan Chen Hong (China) 15–12, 15–6
2002
Chen Hong (China) tewaskan Budi Santos (Indonesia), 7–4, 7–5, 7–1
2003
Muhammad Hafiz Hashim (Malaysia) tewaskan Chen Hong (China), 17–14, 15–10
2004
Lin Dan (China) tewaskan Peter Gade (Denmark) 9–15, 15–5, 15–8
2005
Chen Hong tewaskan Lin Dan (China) 8–15, 15–5, 15–2
2006
Lin Dan (China) tewaskan Lee Hyun-il (Korea Selatan)15–7, 15–7
2007
Lin Dan (China)) tewaskan Yu Chen (China 21–13, 21–12
2008
Chen Jin tewaskan Lin Dan (China) 22–20, 25–23
2009
Lin Dan (China) tewaskan Lee Chong Wei 21–19, 21–12
2010
Lee Chong Wei tewaskan Kenichi Tago 21–19, 21–19
2011
Chong Wei Lee (Malaysia) tewaskan Lin Dan 21–17, 21–17
2012.
Lin Dan (China) tewaskan Lee Chong Wei (Malaysia) 21–19, 6–2 (R)
2013
Chen Long (China) tewaskan Lee Chong Wei (Malaysia), 21–17, 21–18
2014
Lee Chong Wei (Malaysia) tewaskan Chen Long (China), 21–13, 21–18
2015
Chen Long (Denmark) tewaskan Jan Ø Jørgensen (Denmark) 15–21, 21–17, 21–15
2016
Lin Dan (China) tewaskan Tian Houwei (China) 21–9, 21–10
2017
Lee Chong Wei (Malaysia) tewaskan Shi Yuqi 21–12, 21–10
2018
Shi Yuqi (China) tewaskan Lin Dan (China) 21–19, 16–21, 21–9
2019
Kento Momota (Jepun) tewaskan Viktor Axelsen (Denmark) 21–11, 15–21, 21–15
2020
Viktor Axelsen (Denmark) tewas Chou Tien-chen 21–13, 21–14
2021
Lee Zii Jia (Malaysia) tewaskan Viktor Axelsen (Denmark) 30–29, 20–22, 21–9
2022
Viktor Axelsen (Denmark) tewaskan Lakshya Sen (India) 21–10, 21–15
2023
Li Shifeng (China) tewaskan Shi Yuqi (China) 26–24, 21–5
2024
Jonatan Christie ((Indonesia) tewaskan Anthony Sinisuka Ginting (Indonesia) 21–15, 21–14